Tony Spider temui ajal di studio M.Nasir. Rakan ceritakan apa yang berlaku sebelum kejadian

BEKAS pemain bass kumpulan rock terkenal Spider, Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi tadi, di studio rakaman Luncai Emas milik komposer Datuk M Nasir di Sungai Buloh, Selangor.

Allahyarham meniggal dunia ketika sedang berehat di studio rakaman tersebut.

Difahamkan, Tony yang memeluk agama Islam pada 2004 mempunyai bilik persendirian di studio terbabit bagi melakukan kerja berkaitan muzik dan penghasilan lagu.

Menurut Pengarah Produksi Luncai Emas, Keon Omar berkata, ketika kejadian tiada sesiapa di studio kecuali Allaahyarhm dan jurutera muzik, Hanafi berikutan fasa satu Pelan Pemu-lihan Negara (PPN).

“Arwah menghidap peyakit kencing manis, tetapi setakat ini, kami masih belum mem-astikan punca kema-tian kerana menunggu pegesahan dari h0spital.

“Semalam arwah memang berada di studio, sesekali datang singgah. Sewaktu kejadian, hanya jurutera muzik berada di studio.

“Bagaimanapun, arwah Tony berada di bilik dan mengunci pintu. Selalunya, arwah akan keluar masuk bilik, turun ke bawah untuk mencari makan.

“Namun, semalam arwah langsung tidak keluar menyebabkan Hanafi tidak sedap hati dan merasakan ada sesuatu tidak kena,” katanya.

Keon berkata, mulanya Hanafi mahu memecahkan pintu bilik, tetapi menemukan kunci pendua.

“Selepas pintu bilik di buka, arwah Tony ditemui sudah tidak sedarkan diri sekitar jam 1 pagi,” kata Keon.

Allayhm Tomy pernah mendirikan rumahtagga, tapi tidak bertahan lama dan tidak dikurniakan cahayamata.

Berita awal pemergian Tony dikogsi oleh pemain gitar kumpulan Exists, Along di akaun Instagram sekitar pukul 3 pagi.

Selain Allayharham Tony, Spider yang merupakan antara band popular dalam negara yang mendapat didikan dan asuhan sifu M Nasir turut dianggotai oleh Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar), Aie (pemain gitar) dan Is (pemain bass).

Antara lagu popular kumpulan Spider ialah Relaku Pujuk, Kasih Latifah, Laukku Cukup Masin dan Nazraku.

Sama-sama kita doakan Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

 

 

 

 

Sumber: Wilayah ku