“Tinggal RM5 saja untuk seminggu, kepada Allah aku berserah..”- Wanita ini kongsi keajaiban yang berlaku selepas bersedekah walaupun duit tinggal sikit

Sedekah waktu punya rezeki, itu biasa. Namun memberi saat kita tidak punya apa-apa, itu luar biasa. Pengalaman yang dikngsikan oleh seorang wanita bernama Syahirah Omar rasanya cukup untuk membuka mata akan ajaibnya kuasa sedekah.

Berkongsi kisah tujuh tahun lalu, jelas Syahirah, pengalaman berkongsi rezeki bersama seorang pakcik tua yang menjaja di jalanan cukup meniggalkan kesan di hatinya. Saat wang hanya berbaki Rm5.00, dia nekad dan percaya andai mudahkan urusan insan lain, Allah akan mudahkan urusannya.

“Teringat kejadian 7 tahun lepas.

“Waktu tu aku hidup sendirian. Dengan apa saja yang ada dalam account bank, semua aku terpaksa guna untuk deposit sewa rumah dan beberapa keperluan lain lagi.

“Biasalah, aku memang hidup mewah sebelum tu. Tak pernah beringat untuk ada simpanan yang banyak. Lagipun tak pernah terfikir pun untuk berpi-sah. Nak uruskan duit memang lemah betul aku.

“Pagi tu,Aku baru lepas hantar anak anak ke sekolah. Waktu tu aku terpaksa hantar sekolah jauh sedikit sebab itu sekolah terbaik buat anak anak.

“Hujan tak berhenti dari Subuh. Jadi aku memandu agak perlahan dan lebih berhati-hati. Kemudian aku ternampak seorang pakcik tua, dengan kereta kancil yang agak uzur. Pakcik tadi duduk dibawah payung, ada meja kecil satu, kemudian ada sabun Jasmin warna warni tak silap aku tersusun atas meja.

“Allahu, Kesian betul. Aku berhenti tepi jalan. Niat nak beli sabun tu sebab kesian menjual dalam hujan. Sekali tengok dalam purse tinggal RM 35. Ini saja duit yang tinggal sebelum gaji minggu depan. Tapi muka pakcik tadi dah happy nau aku bersungguh nak beli. Tengok harga sekali RM 27 sebotol besar tu.

“Tapi aku teringat arwah Tok pernah pesan, mudahkan orang dalam kesusahan, nanti Allah mudahkan urusan kita pula.

“Terus aku ambil sebotol. Aku beri RM30, dan aku tak mahu duit baki. Ada RM5 saja tau nak survive seminggu lagi? Memang hilag akal sungguh.

“Terima kasih nak, pakcik memang betul betul sebak ni. Hujan pun kamu berhenti beli sabun pakcik,”

“Pakcik doakan saya murah rezeki ya? Doakan anak saya boleh bercakap ya pakcik,”

“Sumpah aku menang1s masa masuk kereta semula. Menang1s sebab aku sentiasa seb4k bila minta orang doakan Lana cepat bercakap. Dari dalam kereta aku lihat pakcik tadi menadah tangan doakan aku. Sambil memandu terfikir juga macamana nak survive dengan RM5 ni? Barang basah semua dah beli. Tinggal RM5 dalam hidup ni belum pernah berlaku.

“Aku fikir saat aku susah begini Allah saja boleh bantu. Berhenti di surau , aku solat Dhuha lebih dari 2 rakaat. Saat kita tak ada apa apa ni doa kita pun lain macam juga. Menang1s teruk juga aku minta Allah murahkan dan berkati rezeki aku.

“Usai solat maghrib, aku terima satu SMS dari nombor yang aku agak familiar, cuma aku tak save dalam hp.

“Syera, aku baru ada rezeki lebih ni. Duit ko aku baru lepas masukkan ke account Maybank. Aku transfer RM500. Baki hutang nanti aku bayar lagi ya. Doakan aku murah rezeki ya. Maaf sebab lambat bayar hutang ni,”

“Allahu, menang1s teruk aku waktu tu. Mungkin doa pakcik tadi Allah angkat. Mungkin doa mama abah yang sentiasa doakan anak perempuan mereka ni. Tak tahu doa siapa yang Allah jawab. Diri sendiri banyak sangat dosa, tapi Allah tak pernah lupa walaupun kita hamba hina dina.

“Sungguh,

Sedekah waktu kita punya apa apa, itu biasa. Sedekah saat kita tak punya apa apa, itu memang luar biasa. Saat tak punya apa apa tu sungguh hanya pada Allah kita berserah. Kalau tak ada duit sekalipun, kau masih punya tenaga. Gunalah kudrat yang ada. Contohnya, basuh tandas surau, atau semudah memberi kucing jalanan makan dan minum. Percayalah, saat kita mudahkan urusan makhluk tuhan yang lain, pasti Allah akan mudahkan urusan kita.Begitulah.”

Semoga kisah yang dikogsi ini memberi inspirasi dan teladan kepada semua pembaca. Wallahua’alam.

 

 

 

Sumber : Syahirah Omar VIA URTV