Tengok gambar sahaja pun dah cukup menyelerakan, apatah lagi rasanya.
Chee cheong fan udang ini sememangnya enak, namun cukup sukar untuk mencari yang halal lebih-lebih lagi di musim PKP ni, banyak kedai yang ‘bugkus’.
Sebenarnya cara untuk menyediakannya cukup mudah, lebih nipis kulitnya, lebih enak dan cair sewaktu dimakan.
Menurut pemilik resipi, Li Yow, kedai sarapan Cina atau kedai dimsum akan menggunakan kain untuk membuatnya.
Jika meggunakan kain, chee cheong fan yang dihasilkan akan lebih nipis.
Namun jika buat sendiri di rumah, boleh gunakan loyang dan ratakan air tepung senipis yang mungkin.
Jom cuba buat.
Bahan :
1 cawan Tepung beras
1/2 cawan Tepung jagung
1/2 sudu kecil Garam
3 cawan Air
Bahan kuah :
1 cawan Air
3 sudu besar Kicap cair
1 1/2 sudu besar Gula
Cara-caranya :
Masukkan semua bahan dan kac4u sehingga sebati.
Tray besi yang dioles minyak. Tak perlu banyak. Sekadar nak bagi licin.
Letak elok-elok dan rata. Kena sel4rikan ke kiri ke kanan supaya air tepung dapat tutup semua permukaan.
Jangan letak air tepung terlalu banyak. Buat senipis mungkin.
Letak udang. Kalau udang kecil, masa kukus dikuragkan.
Kukus selama 1 minit 30 saat. Kalau udang kecil, sesuaikan waktu kukus.
Agkat tray dan buag air lebihan jika ada.
Cedok perlahan lahan. Gulung udang.
Akhir sekali letakkan kuah, bijan, daun bawang, bawang goreng dan sambal udang untuk lebih enak.
Selamat mencuba!
Sumber : Li Yow via UtusanTV