‘Online seller’ terkejut dapat pesanan barang dari Permaisuri Agong

Tuah ayam di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Seorang penjual online tidak menyagka akan mendapat pesanan barang dari istana,bukan calang-calang orangnya, iaitu dari Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi perkogsiannya di laman Faceb0ok, wanita yang dikenali sebagai Faizah Rosdi itu tidak menyagka apabila pertama kali menerima pesanan daripada Tunku Azizah sendiri.

Melalui tagkap layar pesanan yang dimuat naik di laman s0sial itu, jelas kelihatan nama Tunku Azizah yang beralamat di Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.

“Semalam nak packing order tak perasan lagi nama dan alamat, elok periksa nama dan alamat terkejut jap. Tak sangka Permaisuri Agong yang order dan guna nama dia sendiri.

“Berdebar pula nak packing, dia order balang kaca je, balang biasa tak ada istimewa mana pun, macam penjual lain jual.

“Alhamdulillah mungkin rezeki saya dapat order dari Tuanku, sangat terharu, excited semua ada. Saya doakan bisnes kalian berjalan dengan lancar dan diperluaskan lagi rezeki,” tulis Faizah pada hantarannya.

Susulan hantaran tersebut, rata-rata pengguna Faceb0ok memuji tind4kan Tunku Azizah yang tidak segan silu membeli-belah secara dalam talian.

“Rilek je Tuanku shopping kat shopee, kita yang marhaen ni beriya nak beli yang mahal,” tulis Nor Atika.

Tak kurang juga masing-masing menuggu siapakah pula rider bertuah yang akan menghantar pesanan Tuanku ke istana.Bertuah badan!

 

 

 

Sumber:K0smo