Rebah ketika bersarapan di rumah, Allahyarham Azizan dis4hkan meniggal dunia kerana Covid19

Bekas anggota kumpulan nasyid Rabbani, Allahyarham Azizan Halid, 46, yang menghembvskan nafas terakhir selepas reb4h dan mengadu ses4k nafas pada Rabu lalu dis4hkan positif COVID-19.

Jen4zah arwah Azizan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Behrang, Perak untuk urusan pengebvmian.

Ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, jen4zah sudah dibawa keluar oleh pihak h0spital, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Keluarga mahu jenazah disemadikan di kampung halaman di Behrang. Bagaimanapun, p0lis memberi syarat, mereka perlu membuat lap0ran terlebih dahulu sebelum membawa jenazah ke kampung.

“P0lis juga memaklumkan agar dapat memastikan tanah perkbvuran tempat arwah akan dikebumikan menerima jenazah pes4kit COVID19.

Ini kerana mengikut pengalaman p0lis, ada pihak masjid atau tanah perkubvran tidak menerima jenazah pes4kit yang positif,” katanya lagi.

Allahyarham Azizan Halid menyertai Rabbani pada 1997 sebelum membuat keputusan berundur diri pada 2001 tidak mempunyai penyakit kr0nik, namun diserag demam sejak seminggu lalu.

Sementara itu, isteri dan anak arwah Azizan sudah menjalani uj1an calitan COVID-19 dan kini, sedang menjalani proses kuar4ntin selama dua minggu.

Allahyarham Azizan meniggalkan seorang balu dan cahaya mata perempuan.

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Sumber:BH