Benjy hembuskan nafas terakhir di Medan

Pelakon berbakat besar, Khaeryl Benjamin atau nama glamor nya Benjy yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah h0spital di Medan, Indonesia pada Ahad.

Perkara itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

Menerusi portal Astro Awani, difahamkan Benjy meniggal dunia di sebuah h0spital di Medan ,Indonesia kerana peyakit Asma yang dihida-pinya.

Menurut Khairil lagi, yang kini divji dengan peyakit str0k ketika dihubungi berkata, urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.

“Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben meniggal dunia pukul 11 pagi ini,” jelas beliau dalam nada seb4k ketika dihubungi.

Benjy dijatvhi hukvman penj4ra pada 2017 selama 11 tahun di Indonesia atas kes4lahan cubaan menyeludup d4dah jenis sy4bu.

Sekadar info, Benjy mula dikenali sebagai pelakon sejak zaman kanak-kanak lagi iaitu melalui filem Perempuan (1988). Beliau juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin TV3.

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

 

Sumber:Awani