Sinovac ‘lepas masuk’ Arab Saudi

Kerajaan Arab Saudi akhirnya telah menyenaraikan vaksin Sinovac sebagai di antara vaksin yang diterima bagi kemasukan ke negara itu.

Perkara itu dis4hkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Ini sekaligus telah memberi sinar harapan buat rakyat Malaysia yang beragama Islam yang berniat untuk menunaikan haji dan umrah pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.

“Tiada lagi ker1sauan kepada ahli keluarga kita yang khuat1r tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac.

“Fokus kita adalah membantu Kementerian Kesi-hatan Malaysia dan Jawatankuasa Khas Jaminan Aks3s Vaksin (JKJAV) untuk pastikan lebih ramai mendaftar dan hadir untuk vaksinasi,” katanya menerusi laman s0sial Faceb0ok.

Beliau pada masa sama mend0akan agar urusan jemaah haji Malaysia yang dilulvskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.

SUMBER dari laman web Kementerian Kesih-atan Arab Saudi berhubung pendaftaran vaksin Sinovac untuk kemasukan ke negara itu.

Kerajaan sebelum ini menyatakan akan berbincang dengan Arab Saudi meminta keloggaran supaya bakal jemaah Malaysia yang sudah menerima vaksin jenis Sinovac dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Ini kerana, kerajaan Arab Saudi menetapkan hanya jemaah yang menerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca sahaja yang dibenarkan untuk  menunaikan haji dan umrah .

 

 

 

 

Sumber:UM