Jumlah Covid makin tinggi, Ustazah Asma’ Harun pesan 4 perkara ini perlu dibuat segera!

Apa nak dikata. Semakin  hari kita myaksikan bilangan k3s Covid19 tetap mencecah 5 angka, bagai tiada tanda untuk menunjukkan sebarang penurunan.

Saban hari kita berdoa agar kita boleh menjalani kehidupan normal seperti dahulu.

Paling tidak tentunya mahu kembali bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga.

Sudah banyak yang mula mengibar bendera putih untuk dibantu tetapi saban hari rakyat semakin hampa.

Hal ini turut mendapat perhatian dari pendakwah terkenal,  Ustazah Asma’ Harun yang banyak berkongsi ilmu.

Dalam catatan di laman Facebooknya yang lalu, Ustazah mengigatkan  umat Islam agar tidak menagguhkan empat perkara ini.

Berikut adalah perkongsiannya.

 JANGAN TANGGUHKAN 4 PERKARA INI, terus buat tanpa bersoal dan fikir lagi ;

1) Taubat Nasuha kepada Allah, taat segala perintah, tinggal segala larangan – HIJRAH.

2) Mohon atau beri maaf sesama manusia, soal siapa yang silap letak tepi. Jumpa, mesej atau telefon segera.

3) Lunaskan hutang jika mampu. Jika tidak mampu, nekad dan niat dahulu, Allah Maha tahu dan Maha Pengampun.

4) Baiki hubungan dengan manusia, berhenti sak1ti sesiapapun walau di alam maya.

Cuba jadi manusia yang banyak beri manfaat, bantu urusan kerja rumah, mendengar luahan, beri senyuman dari hati, buat baik pada binatang dan pokok, dll. Semua tu amal soleh.

Jadi orang yang menyenangkan mata memandang dan telinga mendengar, insyaAllah hidup akan tenang dan rasa bermakna. Kita tak dituntut untuk jadi sempurna, tapi kita boleh usaha jadi orang baik kepada semua.

Kita muhasabah, nekad dan buat bersama.
Asma’ binti Harun

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para pembaca. Sepatah kata ahli bijak pandai, “Bekerjalah seperti kamu akan hidup selamanya dan beramal,lah..seperti kamu akan meniggal dunia pada esok hari”.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:Kash0orga