Tutup pintu masuk negara, beri vaksin antara rahsia kejayaan Brunei lawan Covid19

Foto-foto pada malam perayaan sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-75 Sultan Brunei yang berlangsung hujung minggu lalu, benar-benar membuktikan bahawa  negara Islam itu telah bebas daripada w4bak COVID19.

Rata-rata warga maya memuji suasana ‘bebas’ di sana, antaranya gambar orang ramai berkunjung ke pasar malam tanpa memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal. 

Sekadar info, Brunei satu-satunya negara Asia yang berjaya mengek4lkan rekod bersih lebih 430 hari tanpa kes baharu COVID-19.

Seperti yang dilaporkan oleh East Asia Forum, di dalam penyelidikan yang bertajuk ‘Behind Brunei’s Covid-19 Success Story‘ yang dilakukan oleh Nadia Azierah Hamdan dan William Case dari University of Nottingham Malaysia mengungkapkan bahawa Brunei sudah mengambil langkah awal sejak tahun lalu lagi, ketika w4bak COVID-19 pertama kali menular di Wuhan, China.

Pendirian tegas Sultan Brunei dalam menangani isu COVID-19 ini juga telah menjadi antara penyebab mengapa Brunei mampu keluar dari permas-alahan ini.

Sebagai Raja dan pemerintah Brunei, Sultan Brunei dilihat peka terhadap keperluan rakyatnya sepanjang w4bak COVID-19 menekan negara kecil tersebut.

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah juga menjayakan negaranya dengan program membudayakan Al-Quran malah majlis tilawah Al-Quran telah diangkat sebagai budaya sepanjang zaman dengan tujuan menjadi perisai untuk melindungi Brunei dari bala malap-etaka.

Kajian juga menyebut bahawa Sultan Brunei telah mendorong rakyatnya agar memperkuatkan diri dengan z1kir dan bacaan al-Quran di rumah ketika menjalani kuara-ntin.

Baginda telah memerintah agar masjid ditutup dan dibersihkan, perhimpunan keluarga terdekat turut dilar4ng sepanjang Ramadan dan musim perayaan.

Selain itu, kejayaan Brunei juga disebabkan kepatuhan rakyatnya kepada pemimpin dan juga kepada undang-undang yang telah ditetapkan.

Kerajaan Brunei telah bertindak melaksanakan kawa-lan sempadan dan perjalanan serta melara-ng sebarang aktiviti perhimpunan besar-besaran.

Proses pemberian vaksin juga giat dijalankan dalam masa yang sama sebagai langkah pence-gahan penularan COVID-19 di kalangan penduduknya.

Di Brunei, tiada isu double standard yang berlaku kerana bukan sahaja rakyat yang patuh, tetapi mereka yang memegang tampuk kepimpinan juga turut akur dan patuh kepada peraturan yang telah digariskan.

Dan dari situlah punca rakyat Brunei memberikan kerjasama yang padu  kesan dari akhlak dan teladan yang ditunjukkan para pemimpin mereka.

Ketika w4bak pertama kali dilaporkan di negara itu pada Januari 2020, Brunei telah mengambil jalan tegas dengan melar4ng pelancong dari Hubei memasuki negara terbabit.

Dan pada bulan Februari pula, Brunei terus bertindak teg-as dengan memeriksa setiap kedatangan warga asing yang masuk ke negara mereka – tidak kira dari China atau negara apa pun.

Brunei turut mengambil tindakan segera dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesih-atan Sedunia (WHO) dengan menekankan betapa pentingnya penjarakan s0sial dan kuarantin bagi mereka yang dijangkiti w4bak COVID-19.

Pihak berkuasa tempatan telah memaksimumkan liputan di media s0sial dan televisyen selain disokong oleh perkhidmatan hotline yang bersiap sedia selama 24 jam jika rakyat Brunei mempunyai sebarang pertanyaan mengenai w4bak COVID-19.

Kerajaan Brunei turut mengenakan de_nda dan penj4ra bagi mereka yang g4gal mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Semoga rahs1a Brunei ini menjadi iktibar dan contoh kepada negara lain dalam menangani krisis kesih-atan berkaitan w4bak COVID-19 dengan lebih baik dan telus.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: n0na