Asteroid sebesar Taj Mahal dijangka hampiri Bumi Ahad ini

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) memberitahu dalam satu kenyataan bahawa sebutir asteroid gergasi akan melewati Bumi pada Ahad ini pada kelajuan 28,968 kilometer sejam, seperti yang dilaporkan akhbar Daily Mail kelmarin.

Bersaiz antara 96-219 meter panjang, asteroid yang dinamakan G020 itu dianggarkan sebesar Taj Mahal dan juga piramid Giza.

Ia dianggarkan akan berada pada kedudukan paling hampir 4.5 juta kilometer dari Bumi, meletakkannya pada kedudukan program ‘Apollo’ NASA.

Bagaimanapun NASA meyakinkan asteroid tersebut berada cukup jauh dari Bumi untuk dianggap sebagai satu kembi-mbangan besar. Sebagai perbandingan, Bulan adalah sejauh 384,399 kilometer dari Bumi.

Menurut saluran berita Fox News, asteroid G020 itu menjadi semakin hampir dengan Bumi kerana tarikan graviti daripada planet ketika ia melewati sistem solar.

Pada tahun 1901, asteroid itu melewati sekitar 1.2 juta kilometer dari Bumi dan pada 1935 pula ia berada pada kedudukan 2.41 juta kilometer dari Bumi.

NASA kini memantau asteroid untuk mengkaji lebih banyak mengenai sistem solar juga bagi memastikan orbitnya tidak bergerak menghampiri Bumi.

 

 

Sumber:K0smo