Pak Nil terkilan diburu LHDN ketika sedang susah

Pengacara senior, Aznil hjatau lebih dikenali sebagai Pak Nil meluahkan rasa terkilan terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memintanya membayar cukai ketika pendapatannya kini kian merudum akibat p4ndemik Covid-19.

Menurut Pak Nil,LHDN wajar membuat penstrukturan semula yang bersesuaian memandangkan ramai orang hilag punca pendapatan selepas hampir dua tahun negara bergelut dengan Covid19.

Justeru adalah tidak wajar agensi kerajaan tersebut mema-ksa orang ramai termasuk dirinya untuk membayar cukai ketika keadaan mereka sangat terdesak memikirkan cara untuk meneruskan kelan-gsungan hidup.

“Kes positif harian pun dah mencecah 17,000, selain tu dah nak masuk dua bulan kita semua berkurung. Berapa lama lagi nak hidup begini dan bagaimana dengan status ekonomi kita.

“Semua projek saya asyik dib-atalkan dan seribu kali ditan-gguhkan tapi LHDN ada hati hantar surat suruh bayar cukai tertangguh.

“Jika benar kerajaan prihatin, keluarkan arahan kepada semua agensi mereka untuk pertimbangkan daripada terus menghimpit rakyat,” katanya.

Jelas Pak Nil lagi,sebelum ini dia tidak menghadapi sebarang masa-lah dengan jadual pembayaran cukai namun kini dia berdepan masa-lah kewangan yang mengakib-atkan dia tidak mampu untuk meneruskan komitmen itu seperti biasa.

“Penvlaran Covid-19 dari setengah tahun berlarutan jadi hampir dua tahun, sudah tentu saya tak boleh nak bayar (cukai) LHDN.

“Adakah ini masa yang sesuai untuk LHDN terus menghi-mpit? Dengan ramai yang meniggal dunia disebabkan Covid-19 serta ramai orang fikir entah dapat hidup atau tidak esok.

“Tidakkah berasa malu meminta rakyat bayar cukai pada waktu ni?” katanya lagi.

Menambah kekecewaannya, kata bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia itu lagi, surat yang sampai kepadanya bernada “ugvtan”.

D4kwa Pak Nil, dalam suratnya itu, dia dimaklumkan berdepan kemungkinan disek-at atau disenarai hitam untuk perjalanan luar negara juga boleh diisytihar mufliis.

Namun bagi Pak Nil, dalam waktu terde-sak sekarang dia tidak kisah dengan ‘ugvtan’ tersebut malah hanya berfikir bagaimana untuk meneruskan kehidupannya sehari-hari.

 

 

Sumber:Mykmu