Cara buat sawi jeruk yang mudah. Guna 4 bahan je

Ada sesiapa di sini peminat sayur jeruk? Mesti ada punya kan? Sawi jeruk ni sedap diletak dalam asam pedas, dalam masak lemak cili padi pun boleh.  Jom kita buat sawi jeruk seperti yang dikongsikan oleh Puan Norita Shahbudin ini.

BAHAN:

2 pokok sayur sawi pahit (Chinese mustard)
5 sudu garam kasar
5 sudu gula
½ cawan air nasi
1 sudu garam

CARANYA:

1. Pilih pokok sayur sawi pahit (chinese mustard) ini yang sedang-sedang saja, tak besar sangat. (saya buat portion kecil sahaja)

2. Campurkan garam kasar dan gula di dalam satu bekas. (sudu guna yang selalu orang cina makan sup tu)

3. Setengah cawan air nasi (kalau ada nasi tu yang terikut masa kita cedok air nasi tu, lenyek-lenyek pakai tapis teh jaring halus, kemudian masukkan sekali).

4. Kalau nak agak masam sikit, lebihkan air nasi 3/4 cawan. Air nasi ni masa kita masak nasi air yang mendidih tu. Saya masak guna rice cooker, saya lebihkan air secawan dari biasa untuk dapatkan 3/4 cawan air nasi tu. Masa tengah mend1dih, cedok keluar air nasi tu.

*agak-agak besar macam ni saiz pokoknya

5. Sayur dicuci bersih. Cara saya, masukkan sesudu garam dalam air dan rendamkan sayur dalam 5-10 minit. Kemudian, cuci celah-celah sayur kot ada k0toran.

6. Celur sayur celur (nampak hijau berkilat) sekejap je dalam air panas mend1dih, kemudian angkat. Ketepikan.

7. Garam+gula tadi kacau dalam air nasi. Masukkan campuran air nasi, kemudian air suam agak-agak setengah balang plastik yang simpan kuih raya tu.

*balang kuih yang saya guna. Ini keadaan sayur yang sehari dijeruk.

8. Masukkan sayur dalam balang. Pastikan cukup-cukup terendam dalam air. Tutup kemas letak kat luar peti ais dalam 3 atau 4 hari baru buka tengok hasilnya.

*Ini hasilnya selepas 4 hari

Sawi jeruk ni boleh tahan selama 2 atau 3 bulan jika dsimpan dalam peti sejuk, tetapi sebelum itu pastikan air jeruk tu ditiggalkan sikit je sebab takut nanti makin masin.

Semoga bermanfaat untuk kita semua. Selamat mencuba!

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Rasa