Tahap oksigen menurun, Fazli Zainal perlu bantuan pernafasan

Penyanyi lagu ‘Harapan’, Fazli Zainal dikejarkan ke H0spital Ampang apabila tahap oksigen dalam badannya menurun sebanyak 75% kesan dari jangkitan covid19.

Disebabkan itu, Fazli berkata, dia kini sedang menerima bantuan pernafasan.

“Selepas uj1an calitan semalam, hari ini saya dimaklumkan positif Covid-19,” jawabnya ringkas menerusi kiriman WhatsApp.

Perkembangan terkini penyayi itu
dikongsikan oleh rakan artis, penyanyi Sharifah Zarina menerusi hantaran di Facebook.

“Mohon doa kalian buat sahabat, Fazli Zainal. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menyembuhkan,” tulisnya.

 

 

 

 

Sumber:HM