11 nama unik anak-anak penulis Baharum Basar berdasarkan peristiwa sekeliling

“Setiap kali mengetahui isteri h4mil, saya sudah mula memikirkan nama untuk anak.

“Ia diikuti dengan amalan solat sunat hajat, bacaan Yasin dan berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan dalam membuat pilihan nama anak.

“Saya turut mendapat ilham nama anak menerusi mimpi,”

Itu kata Baharum Basar, 100,yang mempunyai 11 anak yang semuanya diberikan nama yang panjang dan unik.

Menurut Baharum lagi, setiap nama anak mempunyai makna dan sebab musababnya. Sebagai contoh nama anak sulung, Rasanubari Asmaramah, 69.

“Dahulu, saya pernah berjanji kepada diri akan mendirikan rumah tangga apabila berusia 30 tahun.

“Sepanjang tempoh itu, pelbagai rasa yang dirasai di hati dan juga banyak kisah hidup dilalui,”katanya.

Baharum yang juga seorang sasterawan dan penulis sajak berkata, Rasanubari ialah gabungan perkataan Rasa dan Sanubari yang menjelaskan perasaan di hatinya.

“Asmaramah pula adalah kombinasi tiga perkataan iaitu Asmara, Rabu dan Ramah.

“Asmara mengambarkan perasaan cinta dan kasih di atas kelahiran anak pertama yang dilahirkan pada hari Rabu.

“Manakala perkataan Ramah ini diambil daripada perkataan di dalam al-Quran iaitu Rahmah yang bermaksud rasa belas dan kasih sayang,” katanya.

Menurutnya, kebiasaannya sifat dan karakter seseorang itu akan mengikut nama yang diberikan.

“Misalnya, nama anak bongsu saya, Ayu Akhbari Hasbiallah, 48. Dua nama terakhirnya adalah daripada perkataan Arab.

“Secara kebetulan dia direzekikan bekerja di Timur Tengah yang kini bertugas sebagai pegawai bank di Dubai.

“Sebelum ini, Ayu Akhbari Hasbiallah bekerja di sebuah bank di Bahrain,”katanya.

Baharum turut kongsikan kisah arwah isterinya pernah berasa risau dengan keadaan ekonomi keluarga yang tidak begitu baik, tetapi anak semakin bertambah.

“Saya memujuk arwah isteri untuk menghilangkan kerisauan hatinya dengan meyakinkan dan mengatakan bahawa keberkatan daripada nama anak sulung, mereka sekeluarga akan diberikan rezeki yang mencukupi.

“Alhamdulillah, setiap kelahiran anak membawa rezeki yang berbeza hingga mereka berjaya dalam hidup masing-masing,” katanya.

Salah seorang anak Baahrum, Suasanamasra Saubissabriah Baharum, 60, berkata kesemua nama adik beradik nya diinspirasikan dari kisah hidup bapanya.

“Contoh, nama awal saya iaitu Suasanamasra diberikan kerana pada masa itu, ayah baru berpindah ke kampung dari Kuala Lumpur.

“Pada peringkat awal pindah, hubungan dengan beberapa pihak kurang mesra. Apabila saya lahir, ayah memilih nama ini (Suasanamasra) dengan harapan hubungan dengan pihak berkenaan pulih dan alhamdulillah, ia menjadi kenyataan,” katanya yang menetap di Kampung Sompo, Negeri Sembilan.

Pesara kerajaan itu berkata, nama keduanya iaitu Saubissabriah diambil daripada ayat terakhir Surah al-Asr dan bapanya mendapat ilham memilih nama itu menerusi mimpi.

Kata Suasanamasra Saubissabriah, melalui keunikan namanya, dia juga mudah memperoleh ramai kenalan baharu.

“Malah, mereka yang baru mengenali saya juga tidak akan melupakan nama saya.

“Paling menarik, keunikan nama ini membuatkan saya dapat mengenali rakan adik-beradik yang lain,” katanya.

Anak keenam daripada 11 beradik itu berkata, rakan memanggilnya dengan panggilan yang ringkas iaitu Sana, Su dan Ana.

“Semasa di sekolah berasrama, saya sentiasa menjadi perhatian kerana ramai rakan ingin mengetahui kisah di sebalik nama ini.

“Perkara yang sama juga berlaku apabila saya mengenali rakan baharu dan berpindah tempat kerja,” katanya.

Suasanamasra Saubissabriah juga mengatakan yang dia sentiasa bersyukur dengan nama indah yang diberikan bapanya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur walaupun nama panjang serta unik,” katanya.

Bagi adik kepada Suasanamasra,
Manisalamuhibahati Aminjaya Bahrum, 53, pula bercerita, kisah nya agak lucu kerana ramai menyangkakan ia nama seorang wanita.

Ada yang memanggil saya ‘puan’ walaupun tertera perkataan ‘bin’ pada nama.

“Perkara ini berlaku apabila tidak bertemu dengan individu tak dikenali seperti dihubungi menerusi telefon,” katanya lagi.

Dia anak kesembilan daripada 11 beradik berkata ke mana sahaja dia pergi, pastinya akan menjadi tumpuan ramai kerana tertarik dengan keunikan namanya.

“Ketika kecil hingga berusia 15 tahun, saya sering berulang- alik ke h0spital di Negeri Sembilan untuk menjalani pemer-iksaan mata.

“Setiap bulan ke sana, pastinya akan ‘ditemu ramah’ petugas kesi-hatan h0spital berkenaan kerana mereka ingin mengetahui sejarah nama, siapa memberikan nama itu dan sebagainya,” katanya.

Dia kini menetap di Johor Bahru berkata, ramai terpaku apabila dia memberitahu nama semua adik-beradiknya.

“Bahkan mereka teruja mendengar nama itu (nama adik-beradik) dan menganggapnya terlalu unik.

“Ayah beritahu, pemilihan nama saya ini mempunyai kaitan dengan beberapa perkara dan peristiwa pada waktu itu.

“Perkataan awal nama iaitu Manisalam ialah gabungan daripada perkataan ‘Manis’ dan ‘Alam’,” katanya.

Katanya, ia menggambarkan keindahan kelahirannya sebagai anak lelaki kedua daripada sembilan adik-beradik pada ketika itu, sebelum lahirnya lagi dua adik.

Usahawan itu berkata, ‘Muhibahati’ adalah kombinasi perkataan ‘Muhibah’ dan ‘Hati’. Ia dipilih bersempena Perjanjian Muhibah antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun pada 7 Mei 1968.

“Lanjutan perjanjian itu Jepun menghadiahkan dua kapal sebagai penyelesaian kepada tuntutan ‘hutang darah’ oleh Kerajaan Malaysia akibat pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.

“Satu lagi ialah berkaitan dengan Kempen Muhibah rakyat selepas Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965.

“Rasa muhibah adalah terletak pada hati, tanpa itu usaha tidak akan tercapai (muhibah dan kerharmonian negara).

“Aminjaya pula membawa maksud satu ‘doa’ yang mengharapkan kejayaan,” katanya.

Dia yang juga dipanggil Amin dalam kalangan rakan berkata, apabila mereka mengetahui nama penuhnya, ia menjadi cabaran kepada mereka untuk mengingatinya.

Berikut ialah nama bagi adik beradik mereka yang lain, iaitu:-

  • Barupawati Utamaju 68
  • Kasumabahari Masjuriah 67
  • Awasilahati Katajriah (Allahyarham)
  • Ahmad Duniawi Rahimin 63
  • Shamshul Mardiyyah 57
  • Haluma Hilyatun Halamarata 55
  • Atina Ayati Asmaamarsita 51

 

Fuh, memang unik semuanya! 

Sumber:HM

.