Oksigen semakin menurun, Siti Sarah dibawa ke h0spital

Penyanyi versatil Siti Sarah Raissuddin dikejarkan ke H0spital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini berikutan tahap kandungan oksigen yang semakin menurun.

Menurut pengurus penyanyi itu, Nana Mohamad Rom berkata, Sarah sepatutnya memot0ng gelang kuarantin pada hari ini, namun kesih4tannya tidak memuaskan selain dari mengalami batuk.

“Kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke h0spital menaiki ambulans. Sepatutnya Sarah mem0tong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesi-hatannya tidak mengizinkan apabila mengalami b4tuk serta tahap oksigennya menurun hari ini,” jelas Nana.

Sementara itu, suami Sarah, pelawak Shuib menerusi h4ntaran terbaharu di Instagram memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan.

“Saya mohon doakan isteri saya, Siti Sarah Raissuddin.

“Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan sehala urusan. Allah Maha Segalanya,” katanya.

Menerusi video yang dikongsikan Shuib, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke h0spital.

Sarah dijangka bersalin anak keempatnya pada hujung September ini. Selain Sarah, Shuib serta kesemua anak mereka turut dijagkiti Covid19.

 

 

 

 

Sumber:HM