Kuman tibi sudah merebak ke otak, Izuan Fitri masih belum sedar

Pelakon muda berbakat besar, Mohd Izuan Fitri kini berada di H0spital Selayang untuk menerima raw-atan lanjut kerana peny4kit tibi atau batuk kering.

Menerusi satu ciapan Twitter yang tular , pelakon filem Crossroads: One Two Jaga itu dimaklumkan sedang menjalani rawa-tan dan pihak keluarganya masih dalam perbincangan untuk prosedur pembe-dahan memandangkan kuman tibi yang berada dalam badan pelakon itu telah menyer4ng organ dalaman termasuk otak dan paru-paru.

“Kuman tibi banyak dalam badan si adik, buang air besar berda-rah kerana tibi dalam usus. Paru-paru sebelah kiri juga ada tibi buat sarang serta di otak pun ada.

“Tadi dia menjalani CT-scan untuk diberikan kepada pakar otak, kini tengah berbincang sama ada pembed-ahan boleh tolong si adik atau tidak.

“Jika pakar otak kata pembed-ahan tidak boleh tolong, doktor akan teruskan ubat tibi sahaja sampai dia sedar. Tetapi doktor tidak tahu bila adik akan sedar, tiada jaminan,” memetik kata Adik Ainn menerusi tangkap layar itu.

Dalam pada itu, di entri Facebok ibu Izuan, Nor Abdul Rani turut meluahkan rasa sedih dan berharap agar anaknya kembali sembuh seperti sedia kala.

“Hadirkan aku Ya Allah di setiap ingatannya. Hadirkan aku disetiap kedu-kaan dan kegembiraannya.

“Ya Allah, kau kurniakanlah kesembuhan buat anakku. Kau bangunkanlah anakku, Ya Allah!” tulisnya bernada pilu di Facebook.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa buat Izuan agar dapat sedar dengan segera dan diberikan kesihatan yang baik seperti dahulu.

Sekadar info,sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Izuan pernah memenangi dua anugerah iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) TV3 pada 2015 dan Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016.

 

 

 

Sumber: Utusan