Siti Sarah sudah tiada

Bintang seni, Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di H0spital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Berita duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music.

“Dengan berat hati dan berduk-acita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah meniggal dunia pukul 5.13 pagi di H0spital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke h0spital beberapa hari yang lalu.

“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, di laman Instagram suami Siti Sarah, pelawak Shuib turut memaklumkan pemergian isterinya itu.

Siti Sarah meniggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa melaw4n jagkitan Covid-19.

Terdahulu, penyanyi lagu malar segar, Kesetiaan itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembe-dahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia lapan bulan.

 

 

 

 

Sumber:UM