“Ikan puyu naik darat bukan fenomena pelik”-Jabatan Perikanan Selangor

Baru-baru ini tvlar di laman s0sial apabila ratusan ekor ikan puyu dilihat naik ke darat yang berlaku di Surau Sulaiman, Tanjong Karang di sini.

Kejadian itu menggemp4rkan penduduk sekitar apatah lagi di kalangan warga maya malah ada yang mengatakan peristiwa itu membawa petanda ki4mat.

Bagaimanapun menurut Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Abdul Rahman Abdul Wahab memberitahu, fenomena juga bukanlah kejadian pelik tetapi ia merupakan satu bentuk migrasi ikan puyu yang biasanya berlaku semasa musim hujan atau waktu-waktu tertentu.

“Ikan puyu boleh bertahan menggunakan oksigen yang ada di udara melalui organ labirin. Selain itu, ikan ini boleh ‘berjalan’ di darat dengan menggerakkan bahagian bawah badannya yang agak rata dan sirip dada,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rakaman video tersebut yang melihat ratusan ikan puyu yang naik ke darat ketika musim hujan.

Kejadian yang dianggap aneh itu berlaku dalam dua fasa bermula pukul 2.30 petang dan 4 petang sehingga berlarutan selepas Isyak dengan ratusan ikan tersebut dikesan berada di pekara­ngan surau dan mampu bergerak sejauh 10 meter.

Malah, kejadian melibatkan ikan spesies air tawar atau nama saintifiknya, Anabas Testudineus itu turut menarik perhatian penduduk Kampung Sungai Sireh dan Sungai Gulang-Gulang.

Dalam pada itu, Imam Surau Sulaiman, Sapar Rezam Sapri, 44, berkata, keja­dian itu adalah kali pertama berlaku sejak dia bertugas 10 tahun lalu di surau berkenaan.

Katanya, suasana tersebut tidak ubah seperti ‘pesta’ apabila seramai kira-kira 20 orang tidak melepaskan peluang mengutip ikan tersebut yang dianggap rezeki daripada Allah.

Difahamkan, lebih 30 kilogram ikan puyu berjaya dikutip oleh penduduk sekitar.

Beliau memberitahu, pihak­nya enggan mengaitkan isu itu dengan sebarang isu termasuk banjir besar atau petanda kia-mat sebaliknya sebagai rezeki kepada para penduduk.

“Sebelum ini ada pemancing meletakkan bubu tiga hari, namun hanya tiga ekor ‘melekat’. Ikan puyu kalau dijual harganya mencecah RM18 sekilogram,” ujarnya.

Sumber:K0smo