Foto sekitar majlis pernikahan Remy Ishak

Bukan lagi menjadi suami di dalam drama,kini Hero Pujaan Malaya, Remy Ishak selamat bergelar suami kepada usahawan Ezza Yusof selepas 8 tahun mengenali hati budi masing-masing.

Dengan hanya sekali lafaz, aktor kacak yang berusia 39 tahun itu diijabkabulkan dengan pasangannya di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Dinikahkan sendiri oleh abang pengantin perempuan iaitu Rozman Yusof, majlis yang dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ket4t yang telah ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu hanya dihadiri oleh kedua-dua mempelai bersama seorang wali kepada pengantin perempuan.

Ezza atau nama lengkapnya Roszaliza Yusof menerima sebentuk cincin daripada Remy sebagai mas kahwin.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Maka bermulalah perjalanan baru bagi kami sebagai pasangan suami isteri, mohon mendoakan kebaikan serta kesejahteraan buat kami berdua.

“Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT. Insya-Allah,” ujar kedua-dua pasangan suami isteri tersebut dalam satu kenyataan kepada media usai selamat diijabkabulkan.

Dalam majlis pernikahan itu, kedua-dua pasangan pengantin mengenakan busana hasil rekaan Mirul Jonit, serta ditatarias oleh jurusolek Chomel dan Adik Wan. Penata gaya pula oleh Tym Fatimah.

Jom kita saksikan beberapa momen manis majlis ijabkabul Remy bersama Ezza.

Selamat pengantin baru!

Sumber/Foto: IG