“Sudah keluar inkubator, Insya Allah ,lagi 3 minggu Ayash boleh balik rumah”

Anak bongsu pelakon dan pelawak popular, Shuib, 37, iaitu Ayash Affan yang dilahirkan dengan pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan dari inkubator di H0spital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, dua hari lepas.

Shuib berkata, selepas dikeluarkan dari inkubator, perkembangan ditunjukkan Ayash yang berusia 20 hari itu sangat baik.

“Alhamdulillah, ‘baby’ dah pun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib). Begitulah perkembangannya dan d0ktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia akan keluar (dibawa pulang ke rumah),” kata Shuib lagi.

Baru-baru ini Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memilih sepupunya sendiri untuk menjadi ibu susuan buat permata hati nya itu.

“Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya ada sepupu yang baru melah1rkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash,” katanya.

Shuib sebelum ini berkata, dia bimb4ng dengan masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar (bukan ahli keluarga sendiri).

Pada 9 Ogos lalu, Shuib kehil-angan isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang meniggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawa-tan Rapi (ICU) HCTM.

Pasangan ini berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash Affan.

 

 

 

 

 

 

Sumber:HM