Pemuda pakai baju Melayu sama setiap Jumaat rupanya bersebab

Seorang pemuda yang kerap memakai baju Melayu yang sama setiap hari Jumaat tular di media s0sial sehingga menarik perhatian wargamaya baru-baru ini.

Demikian perk0ngsian menerusi satu video di laman Tiktok yang dik/ngsikan @teheuiss, akhirnya menjawab soalan sesetengah pihak mengapa dia kerap memakai baju yang sama apabila menunaikan solat Jumaat sebelum ini.

Menerusi perk0ngsian itu, @teheuiss berkata, sebenarnya baju berkenaan adalah baju terakhir arwah adiknya ketika hari raya sebelum meniggal dunia akibat k4nser sekitar tahun 2019.

“Sebenarnya baju Melayu itu adalah baju terakhir arwah adik ketika hari raya sebelum meniggal dunia kerana k4nser.

“Jadi, dengan pakai baju itulah sebagai salah satu cara untuk menyatakan rasa rindu terhadap adik saya,” katanya di dalam video itu.

Perkongsian itu nyata mengundang rasa seb4k orang ramai dengan rata-rata mereka memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

“Saya harap awak sentiasa bersa-bar, dia sudah ada dalam syurga,” ujar @ndhzm__

“Ikatan adik-beradik ini sangat kuat, moga dia tenang di sana amin,” kata @ItsHelmie.

“Per-itnya hilang orang kita sayang, macam itulah saya rasa apabila kehilngan adik sendiri,” jelas @AbamJeyy

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 1.4 juta tontonan dan 178,800 tanda suka di TikTok.

 

Sumber: K0smo