Acapkali kita mendengar nasihat, fikir yang baik-baik, doa yang baik-baik. Nasihat ini memang banyak kebaikannya. Ini kerana tanpa kita sedari, sebenarnya apa yang kita fikirkan, itulah yang akan terjadi.
Kisah mengenai “APA YANG KITA FIKIRKAN” ini pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW yang memberikan nasihat kepada seorang lelaki.
Kisah ini dikongsikan oleh Habib Quraysi Baharun yang juga Pengetua Sekolah Asrama Islam Ash-Shidqu, Kuningan, Jawa Barat.
“Suatu hari, Nabi Muhammad sallallallahu ‘alaihi wasallam menjenguk seseorang yang sedang s4kit demam. Baginda memberikan nasihat selain membesarkan hati orang tersebut.”
Baginda bersabda, “Semoga peyakitmu ini menjadi penghapus d0samu”. Orang itu menjawab: “Tapi ini adalah demam yang sangat teruk, tubuh terasa mendi-dih, jika terkena orang tua yang uzur, mampu membawanya ke tanah perku-buran”.
Mendengar kelvhan orang itu, Rasulullah SAW bersabda,”Kalau demikian anggapanmu, maka akan begitulah jadinya”. (HR Ibnu Majah)
Sungguh indah apa yang disabdakan Rasulullah. Perhatikan pesan-pesan Baginda ini:
“Barang siapa yang redha, maka keredhaan itu untuknya. Barang siapa mengel-uh, maka kelu-han itu akan menjadi miliknya” (HR. at-Tirmidzi)
“Salah satu kebahagiaan seseorang adalah keredhaannya menerima keputusan Allah”. (HR. Ahmad)
“Jika kita asyik fikirkan s4kit, kita juga menjadi s4kit. Jika kita berfikir se-dih, maka kita menjadi sed-ih. Jika kita berfikiran ga-gal, maka kita sudah merancang untuk ga-gal.
Sebaliknya, jika kita berfikiran sihat maka kita pun akan sihat. Jika kita memikirkan bahagia, maka kita akan bahagia. Jika kita berfikiran sukses, sudah tentu kita akan berusaha untuk menjadi sukses.
Inilah hebat nya hukum “ta-rik menarik” yang merupakan sunnatullah yang berlaku di alam semesta. Kita adalah apa yang kita fikirkan.
Jadi, tetapkan semangat dan jangan pernah menyerah pada keadaan.
Hentikan mengeluh atau berprasangka negatif (su’uzhon).
Selalulah berfikir positif (husnuzon) dan jangan pernah membiarkan fikiran negatif membelenggu akal dan fikiran kita.
Habib Quraisy seterusnya mengigatkan tugas kita hanya dua, iaitu Berusaha dan Berdoa. Selanjutnya kita serahkan urusan itu pada Allah Yang Maha Kuasa.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ketika seorang hamba berkata Laa Haula wa Laa Quwwata Illa Billah, maka Allah berfirman: “Lihatlah (hai para Malaikat), orang ini telah menyerahkan urusannya kepadaKu”. (HR. Al-Bukari Muslim)
Kerana itu, mari kita berfikiran positif dan sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.Sumber : Sindonews.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: Kash00rga