Bapa muda tabah jaga 11 cahayamata termasuk 5 anak tiri

Usianya belum pun menjejak 40-an, namun sudah memikul satu tanggungjawab yang berat.

Tiada apa yang mampu dikatakan oleh Mohd Nor Azim Firdaus Razali, 37, apabila isteri tercinta, Che Nur Asmiza Che Zahari, 31 akhirnya pergi jua mengadap Ilahi setelah hampir dua bulan bertarug nyawa akibat jagkitan kuman dalam dar4h.

Menurut Nor Azim,Che Nur Asmiza yang menjalani rawatan selama dua bulan di H0spital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian telah dibenarkan keluar h0spital pada Jumaat lalu dan perlu menjalani kuarantin kendiri selama tiga hari di rumah.

“Besar harapan saya untuk dia kembali sembuh. Dua hari sebelum dibenarkan pulang, dia sudah tidak lagi perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. Dia juga sudah mampu berjalan dalam keadaan le-mah ketika pulang ke rumah.

“Sepanjang berada di rumah, isteri memang 24 jam perlu bergantung kepada tabung oksigen dan kami menerima bantuan peralatan itu dari seorang aktivis masyarakat, Nur Adilah Nasir,” katanya.

Namun menurutnya, Che Nur Asmiza hanya sempat berada sehari sahaja di rumah sewa mereka di Taman Sri Bayu sebelum terpaksa rujuk semula ke HUSM.

“Pagi itu secara tiba-tiba arwah isteri diserag sawan dan kejang malah terus tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke HUSM dengan ambulvlans.

“Dia dimasukkan semula ke Unit Rawa-tan Rapi (ICU) bagaimanapun atas permintaan kami, h0spital membenarkan isteri dibawa pulang pada tengah malam itu juga dan dia menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.03 pagi,” ujar Mohd Nor Azim ketika ditemui di rumah sewanya di sini.

Sebelum ini kisah Mohd Nor Azim yang menjaga 11 anak iaitu dua cahaya mata hasil hidup bersama Che Nur Asmiza manakala sembilan lagi daripada perkahwinannya dan Che Nur Asmiza yang terdahulu disebabkan wanita itu kr1tikal dira-wat di h0spital mengundang sim-pati dari banyak pihak.

Mohd Nor Azim berkata banyak pihak menyalurkan sumbangan dalam bentuk kewangan dan ia melegakan bebannya sekeluarga kerana ia dapat digunakan untuk melunaskan kos rawa-tan h0spital dan bayaran rumah sewa yang sudah tertunggak selama dua bulan.

Katanya lagi, semua 11 anaknya yang berusia 15 bulan sehingga 15 tahun termasuk lima anak tiri akan terus dijaga memandangkan itu adalah amanat arwah isterinya.

“Setiap kali berpeluang berbual, hanya itu pesanan yang kerap dimintanya selain berpesan kepada semua anak supaya tidak meniggalkan solat serta menjaga diri dengan baik.

“Saya reda dengan takdir ini dan akan terus menjaga semua anak kami ini sebaik mungkin kerana selain amanat arwah, ia juga tanggungjawab saya sebagai bapa,” katanya sambil memberitahu jenazah isterinya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pauh Ganja, Pasir Pekan.

 

 

Sumber:HM