SOP solat jemaah di Kelantan diloggarkan bermula hari ini

Sejak 1 Jun lalu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik)hanya membenarkan empat jemaah untuk menunaikan solat fardu di masjid, surau dan musolla berikutan k.es positif covid19 di negeri itu masih meningkat.

Namun berkuatkuasa hari ini, operasi standard (SOP) telah dil0nggarkan dengan membenarkan seramai 40 jemaah untuk menunaikan solat fardu di semua masjid, surau dan musolla seluruh negeri itu.

Turut dibenarkan dengan bilangan jemaah yang sama ialah solat Jumaat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dalam pengumuman rasmi berkata, kebenaran itu diberikan kepada kakitangan masjid dan jemaah terpilih dengan syarat sudah lengkap dua dos vaksin.

Selain itu kata beliau, para penerima vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac juga wajib melepasi hari ke-14 daripada tarikh sun-tikan dos kedua terlebih dahulu.

“Bagi penerima vaksin satu dos sunt1kan iaitu Johnson & Johnson dan CanSino, mereka perlu melepasi hari ke-28 daripada tarikh sun-tikan.

“Kakitangan masjid dan jemaah yang hadir diwajibkan memakai pelitup muka dan digalakkan memakai dua lapis pelitup muka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Tengku Temenggong Kelantan turut berpesan, pihak pengurusan perlu membuka semua pintu, tingkap serta kipas bagi memastikan sistem pengudaraan yang baik manakala penggunaan pendingin hawa tidak digalakkan.

“Masa aktiviti di dalam masjid dan surau perlu disin-gkatkan untuk aktiviti yang wajib sahaja iaitu satu jam sebelum solat Jumaat dan 30 minit bagi solat fardu.

“Pengurusan masjid dan surau perlu membuat penandaan antara jemaah dengan jarak sekurang-kurangnya dua meter,” katanya.

Tambah beliau, ketetapan terbaharu berkaitan solat fardu dan Jumaat telah diperkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Sebelum ini, baginda meminta pembukaan masjid untuk lebih ramai jemaah ditang-guhkan sehingga ke.s menurun dan peratus pemberian vaksin meningkat kepada 50 peratus.

 

 

Sumber:Utusan