Bertahun cari rezeki di negara orang, Casey belum terfikir untuk tukar kerakyatan

Nama penyanyi ini pernah sebaris dengan penyanyi lelaki popular tanahair pada era 90-an.

Walaupun berketurunan Cina-India, Kesavan Subramaniam atau nama komersialnya Casey berjaya menarik perha-tian peminat dari pelbagai bangsa terutamanya masyarakat Melayu dengan lagu popularnya, Seribu Impian dan Jangan Ada Benc1.

Malah dia pernah diiktiraf sebagai Artis Baharu Lelaki Terbaik, Anugerah Industri Muzik pada 1994.

Bagaimanapun, kehadiran ramai penyanyi baharu silih berganti nak cendawan tumbuh selepas hujan menyebabkan kelibat penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu perlahan-lahan hilag dari radar seni.

Menjejaki semula penyanyi bersuara serak basah itu, Casey kini telah menetap dan bekerja di Singapura sejak berhijrah ke negara seberang tampak sejak tujuh tahun lalu.

Namun jika ada yang membuat andaian penyanyi yang berusia 52 tahun itu mer-ajuk dengan dunia seni, ternyata sangkaan anda meleset.

Meleraikan segala tanda-tanya kehi-langannya, Casey mende-dahkan, apa yang dilakukannya semata-mata atas nama cinta.

“Ramai tidak tahu dan tertanya-tanya mengapa saya mengambil keputusan meniggalkan kerjaya nyanyian yang sudah stabil di Malaysia dan berhijrah ke Singapura.

“Keputusan dibuat kerana mahu menemani bekas isteri yang menerima tawaran bekerja sebagai pramugari Singapore Airlines. Ketika itu, kami sudah bertunang.

“Saya sanggup berk0rban apa sahaja demi wanita yang dicintai. Lagipun, saya masih ingat pesan ibu supaya sentiasa ikut kata hati dalam apa sahaja yang ingin dilakukan,” katanya.

Walaupun berlaku pelbagai perkara yang membuatkan terfikir apakah keputusannya itu tepat, Casey nyata tidak pernah meny-esalinya.

“Tidak semua impian diharapkan menjadi kenyataan. Walaupun jodoh tidak panjang dan berakhir dengan percer-aian selepas lima tahun hidup bersama, namun saya tidak sesekali menyesali takdir tertulis.

“Saya tetap bersyukur dengan kehidupan sekarang walaupun mungkin tidak seperti diimpikan ataupun diperoleh jika saya terus bertahan dalam industri muzik di Malaysia.

“Jujurnya, saya bahagia dengan kehidupan hari ini. Saya sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dan dikurniakan dua cahaya mata,” kata Casey yang juga mempunyai cahaya mata lelaki, Kristen Kadriel Kesavan hasil perkahwinan terdahulu.

Berkongsi perkembangan kerjaya seni selepas merantau, Casey menyifa-tkan perjalanan kerjayanya sangat manis kerana banyak menimba pengalaman berharga.

“Sepanjang berada di Singapura, saya melakukan pelbagai kerja seperti bermain muzik di kelab, bekerja di studio dan mengajar muzik di sebuah sekolah antarabangsa.

“Apabila kenalan dalam bidang muzik semakin ramai, saya diberi peluang mengiringi persembahan jelajah artis Cina bertaraf antarabangsa seperti Wang Lee Hom, A-Mei, Stefanie Sun dan ramai lagi,” cerita Casey dalam nada teruja.

Ibarat pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, Casey mengakvi, Malaysia tetap di hati dan akan kembali suatu masa nanti.

“Sebelum pand-emik COVID, saya kerap berulang alik ke Kuala lumpur untuk menjenguk keluarga. Malah, saya tidak pernah terfikir untuk meluc-utkan taraf kerakyatan Malaysia.

“Cuma, isteri pernah meluahkan hasrat memohon kerakyatan Singapura. Walaupun berat hati, tetapi demi cinta, saya ikutkan sahaja.

“Bagaimanapun, permohonan kami ditolak. Saya percaya ini adalah ketentuan Tuhan yang lebih mengetahui apa terbaik untuk saya dan keluarga,” ujarnya.

Berkongsi kisah di sebalik pembikinan lagu hitsnya Jangan Ada Ben-ci, Casey mende-dahkan, lagu itu hampir-hampir tidak dapat dimuatkan dalam album kedua berjudul Menatap Memori pada 1996.

“Konsep album kedua adalah pop r&b dan diterbitkan oleh Fauzi. Ketika album hampir siap, timbul cadangan memuatkan lagu ciptaan Fauzi kerana sebagai penerbit, agak jaggal jika lagunya tidak dimuatkan dalam album.

“Selepas mendapat lagu Jangan Ada Ben-ci, saya mendapati susunan muziknya tidak sesuai dengan konsep pop r&b kerana ia kedengaran seperti muzik balada.

“Hampir sahaja saya men0laknya, namun selepas diberi keizinan mengubah susunan muzik barulah menepati konsep yang diinginkan.

“Namun, siapa sangka, lagu Jangan Ada Benci meled-ak dan masih diputarkan di corong radio hingga hari ini,” ungkapnya.

Terdahulu, hasil perkongsian hidup bersama Fretzie Bituin Arroyo, Casey dikurniakan dua cahaya mata, Kishaan Kadriel Kesavan, 5 dan Girvan Shiloh Kesavan, 2.

 

 

 

 

Sumber:BH