Cikgu Wendy sediakan khemah lepas lihat kesungguhan pekerja tunai solat tepat waktu

Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Salong, Nabawan, Wendy Inggu tidak meny4ngka gambar pemuda menunaikan solat di atas kepingan zink di pekarangan rumah yang dimu.at naiknya di akaun Instagram (IG) miliknya akan menjadi tul4r di laman s0sial.

Menurut Wendy, 28, pemuda dalam gambar itu diupah melakukan kerja mengubah suai dapur rumahnya dekat Taman Sabana di sini dan gambar itu dirakamnya pada Rabu lalu ketika pemuda berkenaan berehat untuk waktu makan tengah hari.

Berk0ngsi kisah berkenaan, Wendy yang mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Sejarah itu berkata, “Saya sedang mencuci pinggan di dapur dan tiba-tiba terpandang seorang daripada pekerja itu menunaikan solat di atas kepingan zink.

“Ia membuatkan saya berasa terpu-kul dan bersa-lah kerana tidak peka. Jika saya bertanya lebih awal, tentu saya dapat menyediakan tempat solat lebih selesa.

“Ketika itu, suami tiada di rumah dan saya terus menghubunginya untuk membeli kanopi kerana kasihan melihat pekerja terbabit menunaikan solat di tempat terbuka walaupun cuaca tidak panas ketika itu,” katanya ketika dihubungi.

Menyedari keperluan itu, Wendy dan suami, Allan Don Anthony, 29, tidak berlengah dan terus menyediakan kanopi di luar rumah pada keesokan harinya.

“Mereka (pekerja) ucap terima kasih tetapi nampak seperti segan untuk gunakan kanopi itu.

“Selepas solat Asar, mereka mahu simpan semula kanopi itu tetapi saya dan suami minta gunakan saja untuk keesokan hari serta berikutnya hingga kerja ubah suai itu selesai,” katanya yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 22 bulan dan sedang h4mil cahaya mata kedua.

Wendy berkata, walaupun dia bukan Muslim tetapi dia mengerti kewajipan menunaikan solat lima waktu dalam Islam kerana sudah biasa bergaul dengan rakan beragama Islam.

“Dahulu, saya tinggal di asrama dan mempunyai ramai rakan Muslim dan tahu serba sedikit cara serta waktu menunaikan solat.

“Cuma, sebelum ini saya hanya baca dan lihat gambar sebegitu di laman s0sial tetapi tempoh hari berpeluang menyaksikannya sendiri di depan mata.

“Walaupun berlainan agama, saya melihat apa berlaku adalah te-guran daripada Tuhan terhadap saya untuk menunjukkan ada individu sanggup menunaikan solat di mana saja berada sedangkan kita ada-kalanya melengahkannya (solat) walaupun rumah lengkap dengan kemudahan.

“Lebih membuatkan saya tersen-tak adalah ketika bertanya mengapa tidak makan dahulu dan mereka menjawab enggan berbuat demikian selagi belum selesai solat,” katanya.

Ulas Wendy lagi, hatinya benar-benar tersentuh melihat kesungguhan pemuda itu menunaikan s0lat tepat pada waktu walaupun serba kekurangan.

 

 

 

Sumber:HM