Tiada angin tiada ribut, penyanyi Ezlynn Ariffin, 39,menges4hkan bertemu jodoh dengan penderma hati pertama negara, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45.
Menurut Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin berkata, pernikahan mereka berlangsung dua minggu lalu tanpa diadakan sebarang majlis.
“Awalnya kami berdua kawan saja, tiada perancangan untuk kahwin pun. Tapi sudah jodoh kami untuk bersama.”
“Dia hubungi ibu bapa saya meluahkan hasratnya. Keluarga saya setuju dan ayah jadi wali, manakala abang jadi saksi. Pr0sesnya amat mudah. Pernikahan kami dibuat dari rumah secara dalam talian. Lagipun kami tak pernah merancang untuk kahwin dan semuanya kerja Allah,” katanya seperti yang dilap0rkan oleh Harian Metro.
Menurut Ezlynn, detik perkenalan mereka bermula apabila sama-sama terbabit dalam aktiviti amal dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada tahun lalu.
“Kami kenal-kenal begitu sahaja dan dia ada tolong saya dalam beberapa kerja yang dilakukan. Saya terta-rik dengannya sebab hatinya. Dia orang yang kuat agama dan tak berkira serta banyak bantu orang. Dia bukannya buat untuk dunia dan lebih kepada akhirat.
“Itu yang buat saya tert-arik kerana saya pun dah tak cari dunia dan lebih kepada akhirat. Saya nak cari orang yang begitulah. Keluarganya pun sangat okey,” katanya.
Ezlynn berkata, dia menghormati kehendak keluarganya dan apabila mereka melar-ang mengadakan majlis secara besar-besaran.
“Saya nak jaga keluarga dan bukan orang luar. Saya nak jaga Allah dan bukan semua orang. Saya tenang jalani kehidupan tanpa perlu letak gambar kami di media s0sial. Saya hormati semua orang. Saya tak nak tunjuk kebahagiaan kerana bimbang mengundang peyakit ‘ain’ jika ada yang melihatnya sehingga menyimpan bibit-bibit cem-buru dalam hati.
“Saya tak nak ulas status suami kerana yang penting saya sudah selamat bergelar isterinya. Kalau orang nak sa-lahkan fasal p0ligami, ibaratnya mengata Rasulullah SAW kerana dalam Islam dibolehkan,” katanya yang memohon masyarakat mend0akan kebahagiaan mereka.
Ezlynn sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin pada 20 November 2011 sebelum berp-isah pada 2017. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara Wan Hafizam pula mempunyai tiga anak menerusi perkahwinan pertamanya.
Selamat pengantin baru Ezlynn dan Hafizam. Semoga dikurniakan rumahtangga yang Sakinah, mawaddah dan Warahmah.
Sumber:HM