R&R PLUS Seremban ditutup

PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) menerusi satu kenyataan memberitahu, Kawasan Rehat dan Raw-at (R&R) Seremban (Arah Selatan) di Kilometer 274.6 di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup untuk tempoh 14 bulan bermula 13 Oktober nanti.

Penutupan yang mengambil masa sehingga 31 Disember 2022 itu adalah bagi kerja-kerja menaik taraf yang melibatkan keseluruhan premis.

Menurut kenyataan itu lagi, sepanjang tempoh penambahbaikan ini, semua kedai makanan dan minuman dan kemudahan awam sedia ada di R&R tersebut akan ditutup.

“Bagaimanapun, stesen minyak masih beroperasi seperti biasa dan PLUS turut menyediakan kemudahan sementara seperti tandas awam, surau, tempat letak kereta termasuk trak sajian makanan kepada semua pelanggan lebuh raya,” katanya.

Tambahnya, bagi mendapatkan kemudahan makanan dan keperluan lain dengan lebih selesa, pelanggan lebuh raya menuju ke selatan boleh menggunakan R&R Dengkil, Hentian Sebelah Nilai, Hentian Sebelah Senawang, Restoran Jejantas Ayer Keroh dan R&R Ayer Keroh.

“Pelanggan lebuh raya juga boleh menggunakan kemudahan tandas awam dan surau di mana-mana plaza tol yang terdekat,” kata kenyataan itu lagi.

Sumber:Utusan