Dah lama tak bermusafir, ini panduan ringkas cara mengerjakan solat Jamak dan Qasar

Nabi Muhammad SAW bersabda;

“Solat itu adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya, maka ia mendirikan agama dan sesiapa yang meniggalkannya maka dia meru-ntuhkan agama.”

(Hadis Riwayat Baihaqi)

Begitulah pentingnya solat itu sehingga Allah SWT tetap mewajibkan ianya didirikan meskipun berada dalam perjalanan atau sebagainya.

Alhamdulillah..setelah sekian lama kita terperap di rumah, kini keloggaran telah diberikan untuk kita merentas negeri.

Ramai yang menggunakan peluang ini untuk pulang ke kampung berjumpa keluarga setelah terpis4h sekian lama.

Dalam pada kegembiraan kita untuk pulang ke kampung, jangan lupa kewajipan pada yang Esa perlu ditunaikan walau dalam apa jua keadaan.

Indahnya Islam itu bila terdapat rukhsah ataupun keloggaran diberikan apabila umatnya bermusafir melalui solat jamak dan qasar.

Konsep ini sebenarnya mengajar kita bahawa solat itu wajib dilakukan tidak kira dalam apapun situasi tetapi pada masa yang sama ianya menjadi mudah.

Di sini kami ingin recalled kembali tatacara mengerjakan solat qasar dan jamak,kot kot ada yang dah lupa. Maklumlah dah lama tak jalan jauh!

Solat Qasar
Solat fardhu empat rakaat yang dipendekkan menjadi dua rakaat, iaitu solat zuhur, asar dan isyak.

Allah SWT berfirman mengenai pemendekkan solat yang bermaksud;

“Dan apabila kamu bermusafir di muka bumi, maka tidak mengapa kamu mengqasarkan sembahyang (-mu), jika kamu ta-kut diserag orang kafir. Sesungguhnya orang kaf-ir itu adalah mus-uh nyata bagimu.”

(an-Nisa:101)

Syarat Qasar Solat

  1. Ketika dalam perjalanan atau sedang bermusafir.
  2. Jarak perjalanan sekurang-kurangnya sejauh dua marhalah atau 80.64 km.
  3. Perjalanan tidak bertujuan maks-iat atau bercampur dengan urusan maksiat.
  4. Perlu berada dalam perjalanan selama solat ini dilakukan.
  5. Tidak tiba di kediaman sendiri atau tiba ke destinasi.
  6. Mesti melepasi sempadan pekan atau bandar tempat tinggal.
  7. Solat yang diqasarkan adalah solat tunai dan bukan solat qada. Solat tunai adalah solat yang dilakukan pada waktunya ketika dalam perjalanan.
  8. Solat yang diqasarkan adalah solat empat rakaat iaitu zuhur, asar, dan isyak.
  9. Berniat qasar ketika takbiratulihram.
  10. Tidak menjadi makmum kepada mereka yang bersolat penuh atau sempurna empat rakaat.
  11. Tidak boleh juga menjadi makmum kepada imam yang tidak diketahui niatnya sama ada qasar atau penuh,
  12. Tidak berniat untuk tinggal atau menetap di tempat yang dituju selama empat hari atau lebih. Tidak termasuk hari pergi dan kembali.
    Jika tidak pasti tempoh masa perjalanan akan selesai iaitu sama ada empat hari atau lebih, harus diqasarkan solat sehingga 18 hari tidak termasuk hari pergi dan kembali.

Lafaz Niat Qasar
Contoh niat solat qasar adalah seperti berikut:

“Sahaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala.”

Solat Jamak

Menghimpunkan dua waktu solat fardhu dengan melakukannya dalam satu waktu.

Jamak ada 2 bahagian iaitu  jamak takdim dan jamak takhir.

Jamak Takdim adalah menunaikan solat yang kedua dalam waktu yang pertama iaitu asar ditunaikan dalam waktu zuhur dan isyak didirikan dalam waktu maghrib.

Berikut syarat bagi melakukan jamak takdim:

  1. Tertib – ditunaikan dahulu solat yang pertama, kemudian diikuti dengan solat kedua. Contohnya, dahulukan zuhur kemudian asar atau dahulukan maghrib sebelum isyak.
  2. Niat untuk menghimpunkan solat kedua ke dalam waktu solat pertama.
  3. Segera tunaikan solat yang kedua sesudah selesainya solat yang pertama tanpa memisahkannya untuk satu tempoh yang panjang.
  4. Masih dalam perjalanan ketika melakukan solat yang kedua.

Jamak takhir pula adalah melewatkan solat yang pertama untuk ditunaikan dalam waktu yang kedua. Contohnya, zuhur didirikan dalam waktu asar dan maghrib dilakukan dalam waktu isyak.

Anas bin Malik berkata:

“Apabila Rasulullah SAW berangkat sebelum matahari condong, Baginda akan melewatkan solat zuhur ke dalam waktu solat asar, kemudian Baginda berhenti (dalam perjalanan) lalu menjamakkan kedua-duanya. Jika condong matahari sebelum Baginda berangkat, Baginda akan menunaikan solat zuhur terlebih dahulu kemudian baru bertolak.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Berikut merupakan syarat menunaikan jamak takhir:

  1. Niat untuk melewatkan solat pertama ke dalam waktu solat kedua sebelum berakhirnya waktu solat pertama.
  2. Masih dalam perjalanan ketika melakukan kedua-dua solat.
  3. Secara ringkasnya, solat jamak hanya boleh dilakukan untuk solat berikut:
  4. Solat zuhur dan asar dalam waktu zuhur
  5. Solat zuhur dan asar dalam waktu asar
  6. Solat maghrib dan isyak dalam waktu maghrib
  7. Solat maghrib dan isyak dalam waktu isyak

Cara Menunaikan Solat Jamak dan Qasar

  1. Solat jamak boleh dilakukan sama ada bersama-sama qasar atau tanpa qasar.

Solat jamak tanpa qasar bermaksud menunaikan solat dengan rakaat penuh. Jamak tanpa qasar adalah seperti berikut:

  • Zuhur empat rakaat dan asar empat rakaat
  • Maghrib tiga rakaat dan isyak empat rakaat

Contoh niat solat zuhur dengan asar;

“Sahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala.”

Maksudnya: “Sahaja aku solat fardhu asar empat rakaat jamak taqdim berserta zuhur tunai kerana Allah Taala.”

Jamak berserta qasar pula memendekkan dan menghimpunkan dua solat dalam satu masa iaitu:

  • Zuhur dua rakaat dan asar dua rakaat
  • Maghrib tiga rakaat dan isyak dua rakaat

Sayugia diingatkan bagi jamak berserta qasar untuk solat maghrib dan isyak,  Solat maghrib tidak boleh dipendekkan kepada dua rakaat.

(Hanya solat empat rakaat sahaja yang boleh dipendekkan kepada dua rakaat sebagaimana dinyatakan sebelum ini.).

Maka, solat magrib perlu dibuat degan rakaat penuh dihimpunkan bersama Isyak yang menjadi 2 rakaat. 

Contohnya;

“Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala.”

Maksudnya: “Sahaja aku solat fardhu isyak dua rakaat qasar jamak taqdim berserta maghrib tunai kerana Allah Taala.”

Solat Jamak Takdim

Jika jamak takhir berserta qasar, contoh niatnya adalah seperti di bawah:

Contoh: Solat zuhur dengan asar;

“Sahaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat qasar dihimpunkan kepada asar kerana Allah Taala.”

Maksud: “Sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala.”

Solat Jamak Takhir
Peringatan buat musafir yang ingin menunaikan jamak dan qasar serentak:-

1.Antara dua sembahyang jamak tidak boleh dipisa-hkan dengan jarak yang sangat lama. Selepas salam, teruskan solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja. (Solat jamak dengan satu kali azan dan dua kali iqamat)

2.Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna (tamam).

3.Apabila seseorang itu sudah sampai ke kawasan permulaan dia berto-lak tadi, selesailah jamak dan qasarnya dan tidak boleh bersolat secara qasar dan jamak lagi.

4.Bagi mereka yang hendak mengerjakan jamak takhir, disunatkan untuk berniat lebih awal. Tidak semestinya berniat di waktu akhir.

5.Hendaklah tentu dan pasti tujuan destinasi. Jika tidak, tidak boleh melakukan jamak atau qasar.

Namun, selain daripada musafir, ada beberapa atas alasan terdapat halangan dan keu-zuran lain yang dibolehkan untuk mendirikan jamak dan qasar ini, seperti kesibukan yang terlampau, sa-kit uzur, banjir dan lain-lain, iaitu;

*Pera-wat atau doktor yang sedang membed-ah pes-akit. Contohnya masa pembe-dahan yang lama.

*Orang yang takut kepada mu-suh seperti dalam medan perag.

*Pes-akit kr0nik yang sedang diraw-at seperti, raw-atan hem0dialisis dan sebagainya.

*Bidan yang bimb-ang kelew-atannya akan memudar-atkan anak dan ibu yang melah-irkan.

*Perempuan yang menaiki bas dalam perjalanan jauh, dan bimbangkan kesela-matannya jika turun dari bas.

*Wanita yang dalam istiha-dah yang menyuk-arkannya solat.

Jadi, terpulanglah kepada individu sama ada mahu memendekkan solat bersama-sama jamak atau tidak.

Ini kerana menghimpunkan solat atau jamak adalah tidak digalakkan sekiranya ada masa tetapi lebih baik mengqasarkan solat walaupun anda mempunyai masa untuk bersolat penuh dalam perjalanan.

Sebenarnya, golongan yang bermusafir telah diberikan banyak keringanan lain sama ada dalam perjalanan singkat atau pun panjang selain keloggaran qasar dan jamak.

Ini menunjukkan Islam agama yang mudah dan tidak membeba-nkan umatnya.

Dengan kel0nggaran yang diberi, maka tiada alasan untuk kita tidak menunaikan perkara wajib ini.

Rujukan:
Passport Musafir, Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi, terbitan PTS (2011)
Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat, Rohidzir Rais, terbitan PTS (2012)
Ensiklopedia Solat, terbitan Telaga Biru (2011)

 

Sumber: Bidadari