Alamak,dah masuk waktu. Boleh ke nak qasar & jamak solat? Ini jawapannya

Salam hari Jumaat buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah .

Dah hujung minggu ni, pasti ramai yang dah merancang nak keluar ‘sarang’; balik kampung, bercuti dan sebagainya. Maklum sajalah, sejak kel0nggaran diberikan untuk merentas negeri, ramai yang merencanakan aktiviti masing-masing bersama keluarga.

Tak kiralah apa saja tujuannya, tapi jangan lupa patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jaga diri masing-masing kerana kita masih belum menang dalam usaha mela-wan Covid-19 ini.

Aapabila melibatkan perjalanan jauh yang melebihi 2 marhalah(80.64km), sudah tentu kita akan menggunakan rukhsah yang diberikan dalam Islam iaitu solat jamak dan qasar.

Ramai sedia maklum, kemudahan ini yang lazimnya dilakukan ketika seseorang itu bermusafir.

Tapi kalau dah lepas masuk waktu solat, baru kita nak memulakan perjalanan, boleh ke tunaikan solat jamak dan qasar juga? Kena solat jamak takdim ke jamak takhir kalau begini situasinya?

Firman ALLAH SWT: “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang…” (Surah al-Nisa’, ayat 101)

Kata Imam al-Nawawi: “Maka ayat ini mengaitkan hukum qasar dengan al-dorb ‘ala al-ardh (permusafiran). Justeru, jika seseorang ialah penduduk suatu bandar, maka dia boleh qasar apabila dia berpisah dari bangunan yang dinisbah kepada bandar tersebut.

Bila kita sudah keluar dari kawasan tempat tinggal kita, maka telah berlakulah hukum-hakam permusafiran.

Berdasarkan fakta ini, maka seseorang yang keluar bermusafir setelah masuknya waktu solat dibenarkan untuk mengqasarkan solat.

Perkara itu disebut dalam al-Mu’tamad: “Adapun jika masuk waktu solat sebelum seseorang itu musafir, dan dia boleh sahaja menunaikannya ketika itu jua, tetapi dia keluar musafir, dia dibenarkan untuk mengqasarkan solat. Ini kerana hukum diambil berdasarkan sifat solat semasa keadaannya semasa ditunaikan, bukan keadaan semasa diwajibkan.

Justeru, orang yang menunaikan solat sebagai musafir dibenarkan untuk qasar solat. Permusafiran itu hanya memberi kesan pada bilangan rakaat, bukan pada gug.urnya kewajiban solat. Inilah perbezaan dengan hvkum datang ha1d setelah masuk waktu.”

Namun begitu, ada sebahagian ulama tidak bersetuju dengan pandangan berkenaan kerana berpendapat, wanita yang h4id selepas masuk solat perlu menggantikan solatnya sebagaimana dinyatakan oleh pengarang al-Bayan.

Maka, jawapannya boleh tunaikan solat qasar dan jamak sekalipun kita keluar memulakan perjalanan musafir selepas masuk waktu solat yang pertama.

Bagaimana pula dengan solat jamak? Adakah ia boleh dilakukan jika musafir selepas waktu solat?

Ini juga dibolehkan kerana salah satu syarat sah solat jamak ialah musafir dan tiada pengha-lang untuk mengatakan sebaliknya. Syeikh Hasan al-Kaf menyebut fakta ini di dalam al-Taqrirat al-Sadidah Qism Ibadah (hlm. 321):

“Apabila seseorang itu mendapati waktu solat pertama telah masuk tetapi dia tidak menunaikannya, kemudian dia bermusafir pada waktu pertama itu, maka dibenarkan baginya untuk jamak takhir dengan syarat dia berniat jamak selepas dia keluar berpisah daripada umran (bandar/kampung/kawasan permukiman), dan tidak wajib ke atasnya untuk menunaikan solat pertama pada waktunya.”

Ini menunjukkan bahawa boleh baginya untuk jamak takdim mahupun jamak takhir.

Justeru,harus bagi orang yang bermusafir selepas masuk waktu solat yang pertama menunaikan solat-solat yang boleh dijamakkan. Tiada masalah untuk menggunakan rukhsah jamak dan qasar kerana hukum rukhsah berkenaan diambilkira selepas berlakunya permusafiran.

Yang penting ,Kita kena ingat bahawa apabila solat itu dijamakkan atau diqasarkan, ia tidak sekalipun menggu-gurkan kewajipan solat ke atas kita meskipun dalam keadaan musafir.

Semoga penjelasan ini boleh menjadi panduan kepada kita apabila ingin berjalan jauh nanti.

Jaga diri, jaga keluarga, jaga peribadi. Semoga percutian kita dilindungi dan mendapat keberkatan dari Allah SWT. 

Insya Allah.

 

Sumber: Al-Kafi #1688: Musafir Selepas Masuk Waktu Solat: Adakah Boleh Jamak Qasar?, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan via SH Plus