Usia muda tidak halang Ayie Floor88 bergelar suami

Selepas 10 bulan mengikat tali pertunangan, Ayie ,vokalis kumpulan Floor88, kini sah bergelar suami kepada Tasha Awie dengan sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Ahmad Nawawi Mad Nasir di Masjid Ukay Perdana, Ampang, Selangor kira-kira pukul 10.20 pagi ini.

Usai pernikahan, Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah, 23, meluahkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, macam tak percaya akhirnya saya dan Tasha selamat disatukan sebagai suami isteri hari ini.

“Syukur majlis berjalan lancar meskipun kita masih lagi berdepan dengan pan-demik COVID-19,” ulas Ayie lagi.

Dalam majlis yang diadakan secara tertutup itu, Ayie menyerahkan mas kahwin RM1000 bersama gelang dan cincin emas tanpa wang hantaran.

Ayie dan Tasha atau nama sebenar Nur Natasha Ahmad Nawawi, 22, mengikat tali pertunangan di Lanai Anggun, Eco Sky, Kuala Lumpur pada Januari lalu.

Dalam pada itu, Ayie berkata dia terbuka hati menjadikan Tasha sebagai isteri kerana sikap penyayang dan pandai menguruskan hal berkaitan rumah tangga.

“Dia suka budak, pandai memasak dan menguruskan hal rumah,” ujar Ayie yang belum mempunyai perancangan untuk berbulan madu.

Tahniah buat Ayie dan Tasha.Semoga ikatan perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke akhir nafas.

 

 

 

 

 

Sumber: Wilayah ku