“Berhijab atau tidak bukan faktornya “- Siti Nurhaliza

Ramai yang tidak menyagka bintang nombor satu negara yang juga pengasas produk kosmetik SimplySiti, Datuk Siti Nurhaliza akan memilih gadis tidak berhijab, Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, sebagai duta SimplySiti.

“Kalau ikutkan asalnya saya pun memang tak berhijab dan seterusnya saya berhijrah dan berhijab. Tetapi untuk satu jenama SimplySiti ini saya lebih terbuka,” ujar Siti Nurhaliza ketika ditemui pada majlis pelancaran produk baharu SimplySiti di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam 700 peserta yàng mencuba nasib dalam Pencarian Wajah SimplySiti, Siti mempunyai ala.san kukuh mengapa dia memilih Zahra,pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Insurans di Universiti Teknologi MARA (UITM) sebagai duta produknya itu.

“Berhijab atau tidak bukan faktornya tetapi saya memilih Zahra kerana perwatakannya yang menepati kehendak SimplySIti dari segi keperibadian, kebijaksanaan dan wajahnya.

“Buat masa ini, saya mahu mencu.ri hati anak-anak muda dan saya percaya Zahra sesuai mewakili mereka dan membawa jenama SimplySiti ke satu tahap baharu,” ujar Siti lagi.

Menurut Siti, Zahra bukan sahaja diberi tugas sebagai jurucakap SimplySiti tetapi perlu hadir ke pejabat dan belajar lebih mendalam mengenai pr0duk dan perniagaan untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

“Dia perlu dide-dahkan dengan lebih banyak ilmu berhubung pr0duk dan perniagaan bukan semata-mata sebagai duta sahaja yang memprom0sikan diri dengan produk dalam media s0sial,” jelas Siti yang tidak menghal4ng sekiranya Zahra mempunyai peluang berlakon asalkan sentiasa fokus terhadap tanggungjawabnya sebagai duta produk.

 

 

Sumber:Wilayahku