Janji Fizo pada Maryam

Pelakon, Fizo Omar yang dikhabarkan selamat bernikah semalam telah memu-at naik satu-satunya gambar puteri tunggalnya, Maryam dengan kapsyen yang mengundang rasa seb-ak para warganet.

“Hadiah paling istimewa buat kamu untuk sepanjang hidup kamu. Kami akan sentiasa menyayangimu Maryam,” tulis Fizo.

Dari semalam lagi ucapan tahniah dan selamat pengantin baharu membanjiri ruang k0men pelakon itu selepas dia memvatnaik gambarnya berbaju Melayu putih bersama Maryam.

Dalam perkembangan lain, satu akaun Instagram @fazeeranazriaz turut mempamerkan gambar yang sama sebagai gambar profil.

Malah dalam akaun tersebut, gambar pertama yang dimuat naik memaparkan seorang lelaki sedang menyarung cincin usai akad nikah dan disertakan dengan kapsyen Alhamdulillah.

Apapun, Selamat Pengantin baru Fizo. Semoga selamat melayari alam rumahtangga dengan aman bahagia hingga ke akhir hayat .

 

 

 

 

Sumber:Utusan