10 bulan bergelar suami isteri, Intan & Harris teruja kelahiran ‘Anugerah’

Pelakon cantik Intan Ladyana menyifatkan saat diijabkabulkan bersama suami, pelakon,penyanyi dan pengacara, Harris Alif dalam tempoh pa.ndemik sebagai satu pengalaman yang cukup berharga buat dirinya.

Malah dalam tempoh 10 bulan bergelar sebagai suami isteri, perk0ngsian hidup mereka juga turut disusuli dengan kehadiran Anugerah.

Anugerah merupakan produk wangian hasil kolaborasi bersama syarikat Nori Malaysia Sdn Bhd.

Menzahirkan rasa syukur, aktres itu menambah, setakat ini Anugerah telah mempunyai dua produk, iaitu Anugerah Body Mist dan Anugerah Fantasy.

Malah kini Intan dan Harris juga dalam rancangan untuk memperkenalkan Anugerah Man. 

Setakat ini Anugerah telah berada di beberapa cawangan AEON cawangan Lembah Kelang dan dalam perancangan untuk meluaskan lagi ke daerah PantaiTimur. 

“Insya-Allah pada tahun ini juga produk kami akan berada di lima lokasi lain antaranya di Pantai Timur,” katanya yang mengakui perkataan ‘anugerah’ itu sendiri mempunyai signifikan istimewa.

“Mengapa kami memilih Anugerah, sebagai jenama produk wangian kami? Sebab ia juga merupakan tajuk lagu Harris berjudul Anugerah dan lagu ini sempena hari perkahwinan kami.

“Jadi perkataan tersebut cukup istimewa buat kami berdua,” katanya lagi.

Memilih untuk mengeluarkan Body Mist berbanding minyak wangi, Intan berkata, sebagai ahli perniagaan, dia dan suami sangat berha.ti-h.ati dalam memperkenalkan produk di bawah jenamanya.

“Apabila pihak Nori Malaysia memilih kami untuk mengeluarkan produk wangian, saya dan Harris memang melihat semburan badan ini sebagai satu pilihan yang baik.

“Sebabnya f0kus kami sendiri adalah untuk menghasilkan produk yang dapat menambat hati pengguna dari pelbagai peringkat umur. Kita tahu Body Mist lebih mesra pembeli, selain boleh dipakai pada bila-bila masa.

“Berbeza dengan minyak wangi yang mungkin hanya boleh dipakai pada waktu tertentu. Paling penting kami mahu Body Mist Anugerah ini mudah dibawa ke mana-mana,” kongsinya.

Sementara itu bagi Harris, dia melihat peluang yang diberikan Nori Malaysia sebagai satu cabang perniagaan yang ingin diceburinya.

“Bila Nori Malaysia tawarkan untuk jalin kerjasama, kami tidak mengambil masa yang panjang untuk setuju. Antara sebab mengapa kami yakin dengan Nori Malaysia juga kerana ramai lagi rakan artis lain turut menjalinkan kerjasama.

“Malah selepas hampir setahun berada di pasaran kami juga sudah mempunyai dua produk dan ini adalah progres yang baik,” tambahnya yang percaya rezeki.

Intan turut berkongsi, kehidupan sebagai isteri juga menuntut dia untuk lebih teliti sebelum menerima apa-apa tawaran dalam memastikan tidak mengganggu tanggungjawab utamanya.

“Memang ada yang berubah selepas berkahwin pastinya keutamaan saya kepada keluarga kini. Pada tempoh sekarang juga saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

“Fokus saya kini bukan kepada kerjaya sahaja tetapi juga keluarga, jadi saya perlukan kehidupan yang seimbang. Sebab itu saya agak memilih tawaran selepas berkahwin. Tetapi Alhamdulillah rezeki selepas berkahwin itu lebih murah,” jelasnya.

“Buat masa ini, apa yang kami minta daripada peminat di luar sana adalah doa-doa ikhlas kalian. Terus doakan kebahagian saya dan Intan,” katanya.

 

 

 

Sumber:MH