Anak 3 tahun kurang f0kus sesi PdPR, tindakan drastik yang dibuat Ezzaty Abdullah berhasil

Seorang ibu akan berk0rban apa saja demi kebaikan anaknya.

Melihat kepada anaknya yang kurang f0kus terhadap pembelajaran dalam talian, pelakon Ezzaty Abdullah mengambil keputusan memberhentikan anaknya, Harum Dalia daripada prasekolah tersebut.

Menurut Ezzaty, dia terpa.ksa berbuat demikian kerana tidak mahu membu.ang masa melihat anaknya yang baru berusia tiga tahun itu tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika sesi pembelajaran dalam talian dijalankan.

“Awal tahun ini kami hantar dia ke prasekolah. Tapi kemudian PKP dilaksanakan dan pr0ses pembelajaran diadakan secara dalam talian.

“Dia kecil lagi jadi apabila buat online class dia tak fokus serta kurang faham.

“Jadi bulan Jun lalu saya berhentikan dia daripada prasekolah,” katanya seperti yang dipetik mStar.

Tambah isteri kepada aktor Azwan Kombos ini lagi, meskipun telah berhenti sekolah, pembelajaran Harum Dahlia tetap diteruskan apabila dia sendiri ‘turun padang’ mengambil alih tugas mengajar anaknya itu.

Ditambah pula tiada penggambaran sepanjang tempoh PKP, menjadikan Ezzaty senang untuk fokus kepada perkembangan Harum Dahlia.

“Alhamdulillah buat masa ini dia dah pandai eja ibu dan kenal huruf. Tapi ada yang dia masih tak tahu la,” katanya.

“Saya memang suka budak sebab pernah kerja di taska. Saya tahu macam mana nak ajar budak.

Bagaimanapun cerita Ezzaty, suaminya Azwan lebih fokus memberi pende.dahan daripada segi persediaan fizikal untuk anak mereka.

“Azwan tak boleh nak jadi cikgu sebab tak ada kesab.aran nak mengajar budak-budak.

“Tapi kalau bab aktiviti fizikal dia la yang ajar,” ujarnya.

Good job ,Ezzaty!

 

Sumber: mStar