Terima hantaran RM100ribu, cincin berlian terbaik dunia, Wan Anis Sofea s4h jadi milik Haqiem Rusli

Perkenalan ketika bersama-sama mengusahakan restoran Santhai Village di Setapak, Kuala Lumpur, menjadi titik permulaan buat penyanyi popular Haqiem Rusli,23, dan Wan Anis Sofea Wan Zamzuri,19, bergelar suami isteri.

Dengan dua kali lafaz, majlis pernikahan yang dihadiri 20 tetamu daripada kedua-dua buah keluarga, diadakan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah yang lebih dikenali sebagai Masjid Cyberjaya kira kira pukul 3.40 petang, hari ini.

Dalam majlis yang mematuhi pr0sedur operasi standard itu, pasangan sec0cok itu dinikahkan Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Zamzuri Ruslan sambil disaksikan bapa pengantin wanita, Wan Zamzuri Wan Muhammad.

Haqeim atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli yang mengenakan persalinan berwarna kelabu rekaan Razman Razmi menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 selain wang hantaran, RM100,000.

Difahamkan Haqiem  turut memberikan cincin berlian Hearts of Fire yang merupakan berlian terbaik dunia kepada isterinya itu.

Dalam majlis tertutup ini juga, Haqiem menyerahkan lima dulang hantaran berba.las jumlah sama oleh pihak pengantin perempuan.

“Saat yang saya tunggu selama ini untuk menghalalkan hubungan kami akhirnya terpateri.

“Selepas mengumumkan berita nak menamatkan zaman bujang beberapa bulan lalu, saya bersyukur kerana keinginan itu tidak hanya direstui keluarga, namun penyokong saya termasuk kelab peminat Qiemilio.

“Biarpun aku.r, detik bersejarah ini berlangsung di era pan.demik COVID-19 yang segala serba serbi terba.tas. Saya harap fasa baru ini akan dirahmati. Saya berjanji akan menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin,” katanya usai majlis nikah selesai.

Menurut Haqiem, Anis Sofea yang melengkapi hidupnya itu digambarkan dalam lagu baharu berjudul Hitam Saksi Putih.

“Secara ringkas, dia melengkapi saya. Dia menyempurnakan kekur.angan diri.

“Saya abadikan kisah kami dalam single baharu itu. Hitam itu jadi simbolik kejah.atan dan kehadirannya saya rumuskan sebagai warna putih yang banyak menyebar sisi positif dalam diri saya,” katanya yang dinobatkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular ABPBH34 baru-baru ini.

 

“Kalau nak tahu restoran Santhai Village yang saya usahakan selama ini bersama dengan dialah (isteri). Awalnya dia memang nak tawarkan saya sebagai duta restoran makanan steamboat itu.

“Tapi saya fikir kenapa tidak menjadi rakan k0ngsi juga. Sambil mempromosikannya, ada juga bahagian saya. Akhirnya persetujuan dicapai, kami jadi rakan k0ngsi. Sekarang sudah k0ngsi kehidupan bersama pula.

“Jadi dipendekkan cerita, kerap berjumpa dan tanpa diduga juga hati mula terpaut sayang,” katanya yang turut melancarkan single baharu Hitam Saksi Putih hari ini buat isterinya yang berasal dari Kelantan itu.

Mengenai anak, pasangan ini mahu fokus momen hidup berdua terlebih dahulu namun tidak men0lak andai rezeki anak datang cepat.

Pasangan berkenaan turut akan diraikan malam ini dalam majlis resepsi bertemakan Seputih Salju di sebuah lokasi di pinggir ibu kota dipanggil Sky Glass dengan mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini.

Turut meraikan detik bersejarah pasangan muda ini ialah Habib Jewels ,dengan menyediakan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5  juta bagi kedua-dua majlis, dan nilai keseluruhan majlis perkahwinan penyanyi popular ini dianggarkan lebih RM 7juta.

Tahniah buat Haqiem dan Sofea!

 

 

 

Sumber: Wilayahku