
Siapa boleh lupa watak beliau sebagai Degawan dalam drama Susuk,lebih menjadi sebagai Pak Samad dalam drama p0pular “7 hari Mencintaiku” bersama Syukri Yahya dan Siti Saleha.
Namun ramai yang tidak tahu bahawa Kazar atau nama sebenarnya Kazarudin Saisi asalnya bermula dalam dunia seni sebagai artis rakaman dan beliau cukup popular sekitar tahun 1980an.
Lagu dendangan beliau yang masih malar segar ialah Membu.ru Impian yang menjadi lagi tema Gila-gila Remaja tahun 1985.
Dilahirkan di Behrang, Perak pada tahun 1959, sejak dari sekolah lagi, Kazar mula memasang impian untuk menjadi seorang penyanyi dan memiliki album sendiri.
Bagi mengejar impiannya itu, beliau saggup berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang-peluang yang ada dalam dunia seni.
Dengan tidak mengenali sesiapa di Kuala Lumpur, Kazar hanya berharap pada bakatnya sahaja untuk mendapatkan peluang-peluang menjadi seorang seniman.
Kazar bernasib baik apabila telah terpilih dalam satu sesi uji bakat untuk album kompilasi kempen an.ti da.dah tahun 1983.
Beliau direkrut oleh Serina Hashim yang juga merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai dan pelakon dalam sekitar tahun 1970an. Inilah peluang pertama yang beliau dapat untuk merakamkan sebuah lagu untuk album khas yang diterbitkan dalam bentuk kaset.
Seorang jurutera bunyi yang terlibat dalam rakaman album kompilasi kempen an.ti da.dah tersebut telah membantu Kazar untuk buat demo lagu ciptaannya sendiri yang bertajuk Ana Aku Mera.na.
Demo lagu pertama Kazar kemudian dihantar kepada seorang komposer yang terkenal dan telah mambawa naik ramai penyanyi popular pada waktu itu iaitu Datuk Ahmad Nawab.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Sekali lagi nasib menyebelahi Kazar apabila demo lagu tersebut diterima oleh Datuk Ahmad Nawab. Kazar kemudian dipanggil oleh Datuk Ahmad Nawab untuk tandatangan kontrak dengan tanpa melalui proses ujii bakat seperti artis yang lain.
Lagu ciptaan Kazar itu kemudian dituk.arkan kepada tajuk baru iaitu Kali Pertama Kasih Ku Bersemi dan lagu tersebut telah dimu.atkan ke dalam album sulung Kazar dalam tahun 1984.
Sejak dari itu, nama Kazar mula dikenali di seluruh negara dan beliau amat terkenal dan disukai ramai!
Pernah dalam tahun 1985 yang mana pada waktu itu lagu beliau yang bertajuk Membu.ru Impian pernah menjadi muzik langsung untuk filem Gila Gila Remaja yang dilakonkan oleh Faizal Hussein.
Kazar mula berlak0n sekitar tahun 1990an yang mana pada ketika itu stesen televisyen swasta mula diperkenalkan.
Ke.san atas stesen televisyen swasta mula diperkenalkan adalah peyebab ramai penyayi mencuba nasib dalam bidang lakonan dan Kazar juga turut tidak terkecuali.
Sehingga ke hari ini, Kazar meneruskan kariernya sebagai pelakon dan beliau telah membintangi puluhan drama di televisyen.
Pelakon yang cukup terkenal dengan sikap merendah diri ini juga pernah dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Lelaki Popular di Anugerah Lawak Warna pada tahun 2014 dan Pelakon Komedi TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada tahun 2016.
Hebat kisah orang lama!
Sumber:0rangperak.com