Elfira Loy tekad demi kebaikan anak

Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya. Begitu juga dengan pelakon Elfira Loy yang mempunyai alasan sendiri menghantar anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf yang baru berusia 2 tahun ke sekolah.

Pemilik nama lengkap, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu berkata, menurut beberapa kaj.ian yang dijalankan, ada manfaat tersendiri menghantar anak-anak kecil ke sekolah pada usia kecil.

“Menghantar anak-anak kecil ke taman asuhan (playschool) akan membantu mereka untuk membangunkan kemahiran ‘motor’ (aktiviti yang melibatkan pergerakan otot dalam badan).

“Mereka juga dapat membangunkan kemahiran s0sial dan harian. Memang ada kaj.ian menunjukkan perbe.zaan antara kanak-kanak yang aktif bermain dengan yang kurang melakukan aktiviti yang mera.ngsang kemahiran motor,” katanya menerusi satu entri dalam Instastory.

Ujar Elfira lagi, terpulang kepada ibu bapa itu sendiri sekiranya mereka belum bersedia menghantar anak kecil ke taman asuhan.

“Kalau kalian tak bersedia nak hantar anak-anak anda (ke sekolah), tidak mengapa. Kalian boleh sentiasa buat aktiviti bersama anak-anak di rumah. Kalau kalian tahu bagaimana dan punya waktu,” ujar Elfira, 27.

Walaupun begitu, dia meng4ku berasa sedikit tergaggu apabila ada pihak yang mempers0alkan tin.dakan dirinya menghantar anak yang masih kecil ke taman asuhan atau sekolah.

“Biarpun saya tidak masuk mengambil pusing tentang mesej (dari netizen), saya juga rasa tergaggu dan perlu terangkan berkenaan stigma sesetengah ibu bapa yang berfikiran mengapa anak-anak terlalu awal ke sekolah,” katanya.

Elfira Loy dikurniakan Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019 selepas 9bulan mendirikan rumahtangga dengan Muhamad Faris Khairol Anuar.

 

 

Sumber:K0smo