KPDNHEP cadang Gardenia tagguh naikkan harga

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyarankan syarikat pengeluar roti jenama terkenal, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia) menang.guhkan dahulu hasrat untuk menaikkan harga produknya berkuat kuasa 1 Disember ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan beb4nan pengguna yang terus terhim.pit dengan situasi penigkatan harga barangan pada masa ini.

Menurut Rosol, pihak Gardenia dijangka memberi maklum balas saranan penagguhan itu esok.(Rabu)

Baru-baru ini, Gardenia mengumumkan kenaikan harga produknya susulan harga bahan mentah yang mahal termasuk tepung, tepung gandum penuh, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan.

Dalam perkembangan lain, Rosol berkata, KPDNHEP telah mengeluarkan sejumlah 83 notis kepada peniaga sayur-sayuran di seluruh negara pada hari pertama pelaksanaan Op Pasar yang bermula semalam.

Katanya, pemberian notis itu bertujuan untuk menges.an sekiranya wujud sebarang elemen pencat.utan bagi barangan seperti sawi, kubis bulat, kacang buncis, brokoli, cili merah, cili hijau dan bunga kubis.

 

 

 

Sumber:Utusan