Penduduk terkejvt lihat air sungai tiba-tiba berwarna biru

Penghuni Pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran, di sini terke.jut melihat air Sungai Aur yang terletak bersebelahan kediaman mereka, bertukar warna biru sejak pagi.

Salah seorang penduduk pangsapuri itu, CR Moganadash, 44, berkata, isterinya memberitahu melihat air sungai itu bertukar warna kepada biru sedikit demi sedikit sejak 9 pagi.

“Rumah kami tingkat lapan dan isteri saya ternampak air sungai itu bertukar kepada biru ketika menyidai baju, memang nampak jelas air sungai berwarna biru dari atas.

“Warna biru itu sedikit demi sedikit mengalir sebelum memenuhi sungai berkenaan. Pada 12 tengah hari, seluruh sungai sudah biru dan warna semakin gelap.

“Penduduk amat terke.jut dengan perubahan warna air ini. Ini kali pertama berlaku sejak saya tinggal di sini 18 tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, dia amat bimb4ng pencem.aran air itu memberi ke.san jangka panjang penduduk dan sudah memberitahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran berhubung perkara itu.

“Saya bimbag kes4n pencem.aran ini kerana kami tidak tahu bahan apa sudah memasuki sungai ini.

“Kami berharap semua pihak berwajib dapat menyelesaikan pence.maran ini kerana bimbag kes4nnya kepada penduduk,” katanya.

Ada penduduk menda.kwa, pernah berlaku limp.ahan air sungai berkenaan sekiranya hujan lebat tanpa henti.

Tinjauan wartawan di lokasi berhampiran Pintu Air Pandamaran itu pada 2 petang hari ini mendapati, warna air sungai itu biru dan k0tor, namun tidak mengeluarkan bau.

Wartawan turut meninjau keadaan Sungai Aur dari tingkat 12 Blok B taman perumahan itu dan mendapati warna air bertukar biru hingga ke pintu air berkenaan.

Air berwarna biru di Sungai Aur itu dalam keadaan ‘air termenung’ dan tidak mengalir.

Sementara itu, menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar (Jas) Selangor, Nor Aziah Jaafar ketika dihubungi, memak.lumkan ada menerima ad.uan mengenai kejadian air biru itu.

“Kami sudah mengambil sampel dan menjalankan penjejakan pu.nca sejak pagi tadi.

“Perkem.bangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

 

 

Sumber:HarianMetro