Dato’ Vida tawar RM10K untuk jadi PA, tapi ada syarat wajib

Selepas epis0d cinta tidak kesampaian dengan bek4s pembantu peribadinya (PA)sebelum ini, kini usahawan terkenal Datuk Seri Vida mencari pembantu baharu.

Perkara tersebut dik0ngsi oleh usahawan itu menerusi media s0sial Instagramnya.

Namun, yang menjadi perbualan ha.ngat warga maya adalah syarat kelayakan serta gaji yang ditawarkan adalah amat lumayan iaitu RM10,000.

Bagi yang meminati dan ingin mencuba jawatan tersebut, apa yang menjadi keutamaan adalah seorang lelaki bujang dan wajib ‘handsome’ (kacak).

Bukan itu sahaja, syarat lain yang telah ditetapkan oleh usahawan berasal dari Kelantan itu adalah berumur antara 25 tahun hingga 30 tahun.

“Wajib handsome, untuk perempuan ada jawatan lain ya, boleh tengok IG story saya,” jelas Vida.

Sementara itu, rata-rata orang ramai serta artis terkenal turut meniggalkan k0men masing-masing setelah membaca hantaran tersebut, antaranya pelawak Shuib Sepahtu.

“Saya nak jadi PA datuk seri boleh ke?” soal Shuib Sepahtu.

Namun k0men tersebut dibalas sendiri Vida,” Awak apply (mohon) jadi calon lain la,” kata Vida berserta emoji menutup muka.

Hai Dato’ Vida ,lain macam jawab tu…nak try market juga ke? Hehehe..

 

 

 

 

Sumber:K0smo