Cara buat Begedil bunga ros. Senang sangat rupanya!

Selalu begedil kita buat bulat-bulat, celup dalam telur, goreng. Selepas dah diimprovisasi, terhasillah pula resepi tauhu begedil, popia begedil.

Haa..sekarang kita buat begedil versi bunga ros pula. Jangan ingat roti jala je yang boleh buat bunga ros, begedil pun dah boleh tau. Ni dia caranya.

Bahan-bahan:

3 biji kentang (digoreng dan le.nyek)

1 keping dada ayam (digoreng dan cinc4ng halus)

1 biji cili merah (dicinc4ng)

Bawang merah

 Bawang putih goreng

Daun sup

Daun bawang

1 sdb lada sulah

Roti Gardenia

 1 biji telur

Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Gaulkan kentang, ayam, cili merah, bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, dan lada sulah sehingga sebati.

2. Bentukkan inti tersebut menjadi bulat-bulat kecil.

3. Untuk kulit, pot0ng roti menjadi bentuk bulat-bulat. (Boleh ditekap menggunakan tutup balang atau mulut cawan).

4. Gelek r0ti supaya leper.

5. P0tong kepada 8 bahagian, pastikan roti tidak putus.

6. Sapu permukaan roti dengan tepung yang dibancuh dengan air.


7. Letakkan inti di tengah roti.

8. Tutup inti tersebut dengan roti secara berselang-seli untuk mendapatkan bentuk bunga ros.

9. Celupkan separuh begedil kedalam telur yang telah dipukul.
10. Goreng sehingga begedil berwarna perang keemasan.

11. Sedia untuk dihidang.

Senang je kan? Selamat mencuba !

 

 

 

Kredit: Sharifah Nor Hj Abdullah via Myresepi