Kakak Siti Nurhaliza, penyanyi Saida bergelar isteri buat kali ketiga

PENYANYI Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin menam.atkan zaman janda selepas bernikah dengan lelaki pilihan hatinya buat kali ketiga pada Ahad.

Berita gembira itu dikongsikan adiknya yang juga penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram.

Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan kakak kesayangan saya @sitinorsaidatarudin bersama pasangannya.

“Doa adikmu agar bahagia hingga ke jannah.

“Terima kasih suamiku hadir bersama walaupun Subuh tadi dah keluar menyertai pertandingan kayuhan las.ak MTB di Putrajaya. Love you darling,” tulisnya di Instagram.

Berdasarkan perk0ngsian Siti, Saida kelihatan jelita mengenakan gaun kembang berwarna putih manakala pasangannya segak memakai sut dwi warna hitam dan putih.

Tetamu yang hadir pada majlis itu turut dihiburkan dengan persembahan daripada anak saudaranya yang juga penyanyi cilik, Umairah.

Tiada maklumat lanjut berkenaan suami Saida ditemui.

Untuk rek0d ini merupakan perkahwinan ketiga Saida yang pernah muncul dengan single berjudul Sedalamnya Cinta.

Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpi.sah pada 7 Oktober 2011.

Hasil perkahwinan itu, mereka diku?rniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.

Saida kemudian berkahwin untuk kali kedua pada 2016 bersama ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat, 41.

Saida dan bekas suami Hafizh ketika masih bergelar suami isteri

Namun tidak dapat dipastikan bilakah pasangan ini berpis4h.

 

 

 

 

 

 

Sumber:mst4r