
Kemunculan awalnya di bidang seni adalah melalui pertandingan realiti Akademi Fantasia (AF2) pada tahun 2004 yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Zahid.
Walaupun tersingkir pada minggu ke 5, Anding atau nama sebenarnya Anding Indrawani Zaini, 38,tidak pernah p4tah semangat malah tetap meneruskan kariernya di bidang seni secara serius.
Selama 17 tahun bergelar anak seni, apa sahaja bidang yang tidak pernah dicuba oleh anak muda ini.
Bermula dari nyanyian, kemudian ke bidang lakonan dan kemudian ke arah pengacaraaan, semuanya dilakukan Anding penuh semangat walaupun namanya agak kelam dari kalangan peminat .
“Saya jadikan perlahan-perlahan kayuh sebagai prinsip.
“Saya dah cuba pelbagai kerjaya dan tetap akan kembali ke dalam industri seni tak kiralah dalam bidang pengacaraan, lakonan atau nyanyian,” katanya lagi seperti dipetik mStar.
Dan akhirnya berkat kesabaran Anding selama 17 tahun terbalas apabila dia
dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Harapan bagi filem Headhunter pada
Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada malam Jumaat.
Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk membawa pulang sebuah trofi FFM, Anding bersyukur pengor.banan dan kerja keras menjayakan watak dalam filem itu berba.loi.
“Peluang yang diberikan kepada saya ini sesuatu yang saya tak pernah terfikir langsung. Segala pengo.rbanan yang telah dilakukan semasa penggambaran filem Headhunter sangat berbal.oi.
“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh kru produksi serta barisan pelakon yang telah menjayakan filem ini,” katanya.
Berkongsi pengalaman ketika penggambaran Headhunter, Anding berkata jarinya ced.era dan terpaksa dij.ahit pada hari pertama penggambaran.
Anding memegang watak sebagai Anang dalam filem Headhu.nter arahan Badd Badrul.
Filem arahan Badd Badrul itu turut dibintangi oleh beberapa pelakon seperti Chacha Maembong, Ebi Kornelis dan Ahya Rosli.
“Filem Headh.unter amat mencabar bagi saya sendiri kerana hampir pu.tus jari pada hari pertama penggambaran. Jari saya terpaksa dij.ahit akibat daripada kecedera.an itu.
“Keesokan harinya ada scene menyelam dalam air dan doktor kata tak perlu buat kerana ia agak beris.iko. Tetapi saya buat juga because acting is my passion.
“Selain itu, saya perlu bercakap bahasa Iban di dalam filem ini which is not my first language. Walaupun bangsa Dayak,” ujarnya.
Tahniah kepada Anding. Semoga selepas ini banyak pihak memandang kepada bakat Anding.
Sumber : mStar via MalaysiaTV