Menjadi ibu tunggal sekelip mata selepas suami tercinta meniggal dunia lapan tahun lalu merubah segalanya buat pelakon Laila Nasir.
Namun apabila melihat dua anak di sisi yang sedang membesar, pelakon watak Mona dalam drama rantaian fenomena Nur di TV3 itu akvr bahawa dia perlu kuat, menjadi ibu dan bapa pada masa yang sama untuk hero-heronya.
“Pada awalnya agak sukar suk4r untuk saya membahagikan masa antara kerjaya seni dan tanggungjawab.
Manalah nak uruskan anak dan ‘shooting’ selain berniaga.Tapi ketika itu saya bernasib baik kedua anak sudah bersekolah menengah.
Jadi mereka sudah pandai bawa diri. Saya juga menjaga mereka tanpa bantuan sesiapa”.
“Ada ketika saya bagai lem4h dan ‘lost’. Tapi anak jadi suntikan semangat untuk saya kerja lebih kuat. Tambah pula perjalanan mereka masih jauh dan hanya saya tempat mereka bergantung,” kata wanita kelahiran Machang, Kelantan itu.
Tambah pelakon itu lagi, dia akvr skep.tikal gelaran dirinya sebagai ibu tunggal dengan pandangan ser0ng mata masyarakat.
“Bukan senang nak mengharugi hidup tanpa suami. Dengan pandangan itu ini daripada masyarakat. Tapi saya tak larut dengan semua itu. Saya tanamkan semangat positif dalam diri.
“Dalam soal membesarkan anak, saya pasti mahukan yang terbaik untuk mereka tanpa fikir lel4h. Kalau kita tak buat itu ini, ibarat takkan ada yang lakukan semua diingini. Maka dengan itu belajarlah buat semua sendirian.
“Dengan dunia berlakon dan berniaga, saya membesarkan anak serta meneruskan kelangsungan hidup,” katanya yang mengusahakan T’Lasabella Perfume by Lailanasir dan T’Lasabella Kitchen by Lailanasir.
Usaha Laila akhirnya membuahkan hasil apabila dia terpilih di antara penerima anugerah Kelantan Business Ikon Awards pada 17 Disember lalu.
Dengan anugerah itu, Laila atau nama sebenarnya Norlaila Nasir semakin bersemangat untuk terus mengukuhkan jenama perniagaan minyak wangi dan pelbagai sambal bilis yang diusahakannya itu sejak 2014.
“Keluarga saya terutama emak jadi nadi dan semangat. Mak terutamanya banyak membantu saya menjaga anak dan bagi semangat. Doa ibu itu kan sangat mukjizat,” katanya.
Tambah Laila, anak bongsunya mula mengikut jejak langkah seninya.
“Yang bongsu itu bercita-cita nak jadi pengarah kelak. Dia baru habis belajar dalam jurusan perfileman di Kuala Lumpur Film School.
Sekarang tengah menjalani latihan praktikal di bawah seliaan Adlin Aman Ramlie.
“Sebagai ibu saya tumpang bangga dan mendoakan yang terbaik untuknya,” katanya.
Diusik persoalan apakah hatinya lebih selesa sendirian tanpa kehadiran pengganti suami, Laila berkata,dia selesa hidup sebegitu tanpa ada tek4nan sesiapa.
“Memang saya tidak pernah terbuka hati untuk kahwin lagi. Saya hanya fikir keluarga, kerjaya dan perniagaan saja,” katanya.
Sumber:MalaysiaGazette