Melalui portal Iloveborneo melap0rkan restoran makanan segera yang popular di Malaysia, Kentucky Fried Chicken (KFC) tidak lagi menghidangkan coleslaw di dalam set menunya bagi beberapa cawangan tertentu di Sabah, Sarawak dan Langkawi.
Perkara itu dis4hkan sendiri oleh pihak KFC sendiri melalui ciapan di Twitter bagi menjawab soalan yang diajukan oleh seorang pengguna akaun @aaygx yang merupakan penduduk Kuching,Sarawak.
Difahamkan pihak KFC tidak lagi menghidangkan coleslaw di cawangan-cawangan tertentu di Sabah, Sarawak dan juga Langkawi berikutan bat4san l0gistik yang tidak membenarkan pihak KFC menghantar produk segar ke kawasan berkenaan.
Hi @aaygx, terima kasih atas pertanyaan anda. Dengan dukacitanya, kami tidak menghidangkan coleslaw di cawangan-cawangan tertentu di Sabah, Sarawak dan Langkawi disebabkan batasan logistik yang tidak membenarkan kami menghantar produk yang segar untuk mengekalkan kualiti kami.
— KFCmalaysia (@KFCmalaysia) January 7, 2022
Hmm..bunyi macam pel1k kan..tapi apa nak buat, kenalah akur. Maknanya lepas ni orang Borneo dengan Langkawi nak makan coleslaw kena buat sendirilah jawabnya!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: Twitter KFC via il0veborneo