Pernah kerja di UniMAP, menang anugerah di Hong Kong, ini antara fakta menarik mengenai Aweera

Tiba-tiba nama Aweera menjadi sebutan apabila dia berjaya meraih markah tertinggi sekaligus mengenepikan cal0n favourite Gegar Vaganza (GV)8, Nikki Palikat, Aliff Aziz dan Suki Low di konsert semi final GV8 malam tadi.

Perk4ra itu turut diak.ui oleh juri GV8 sendiri,iaitu Dato Ramli MS yang mengatakan Aweera secara tiba-tiba menunjukkan peningkatan prestasi dua hari sebelum konsert berlangsung dan tidak must4hil akan memberikan s4ingan sen.git pada pert4ndingan akhir GV8 nanti.

Walaupun Aweera boleh dikatakan agak lambat menunjukkan ‘taring’nya di GV, Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham bukanlah asig dalam dunia seni.

 

 

 

Mula menyanyi seawal usia 8 tahun, anak ketiga dari empat beradik ini amat meminati irama r0ck.

Abang sulungnya, Acca juga aktif bermain muzik dan menganggotai kumpulan K0ffin K4nser

Sewaktu di tingkatan empat, Aweera bersama rakan sekolahnya menubuhkan sebuah kumpulan heavy met4l bernama Metronome dan masih wujud sehingga sekarang.

Aweera mula menjadi perh4tian menerusi program realiti TV One in a Million (OIAM) musim ketiga terbitan 8TV pada tahun 2009.

Baru berusia 18 tahun ketika itu, Aweera merupakan antara peserta termuda sewaktu menyertai rancangan tersebut.

Aweera kemudian berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan menduduki tempat ketiga di belakang Tomok (juara) dan Esther selaku naib juara.

 

Usai OIAM3, Aweera kembali semula ke negeri kel4hirannya di Perlis dan bekerja di Unit Kebudayaan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Sehinggalah pada tahun 2012 dia dipelawa oleh Edry KRU untuk menyertai kumpulan r0ck baru, Mojo sebagai vokalis dan menghasilkan album mini (EP).

Menerusi EP tersebut, Mojo meraih anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2012 manakala lagu Andaiku Bercinta Lagi telah berjaya melangkah ke peringkat akhir Juara Lagu 2012.

Di peringkat antarabangsa, Aweera selaku vokalis Mojo pada ketika itu pernah meraih anugerah Persembahan Vokal Terbaik di Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013, juga melalui lagu Andai Ku Bercinta Lagi.

Seterusnya album EP kedua muncul pada tahun 2013 dan memuatkan lagu hit Romancinta. Lagu ini juga layak ke peringkat akhir Juara Lagu 2014.

Namun ketika itu berlaku sedikit s4lah faham membuatkan penyertaan Mojo diganti oleh Caliphbusker. Aweera kemudian meniggalkan kumpulan tersebut dan bergerak solo.

Walaupun masih hijau, Aweera telah diberi kepercayaan bergandingan dengan kumpulan rock legenda, Lefthanded untuk mengadakan persembahan penutup tirai acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 pada 5 April 2015.

Di masa lapang, Aweera mempunyai hobi menunggang motosikal bersama kelab BS Bikers di negeri kelahirannya.

Pada konsert akhir pertandingan GV8 nanti, Aweera akan membawakan lagu Beggin’ dari Four Seasons ,berpasangan dengan Liza Hanim untuk lagu Sepi dari Aina Abdul dan battle bersama Aliff Aziz untuk lagu Bangun dari Aman Ra.

Semoga berjaya Aweera!…

 

 

Sumber:mykmu