Wajah dikatakan seiras, pelakon baharu Qasrina tak suka dibandingkan dengan Mira Filzah

Pelakon Qasrina Karim, 25, meng4kui  sering disamakan dengan pelakon cantik kesayangan ramai, Mira Filzah .

Megaaggp kata-kata itu sebagai satu pujian, namun Qasrina berkata dia tidak mahu kemunculannya dalam industri lakonan dibandingkan dengan aktres berkenaan.

“Mira seorang yang sangat berbakat dan cantik. Kami juga pernah berhubung menerusi DM di Instagram.

“Kalau boleh saya tidak suka dibandingkan, tetapi apa boleh buat? Cuma saya harap tidak timbul cerita yang neg4tif,” ujarnya seperti yang dipetik Mst4r.

Pertama kali melangkah ke bidang lakonan menerusi filem Kongsi Raya, Qasrina  bimbang jika lakonannya dikr1tik penonton terutamanya melibatkan beberapa babak yang dilihat seperti berse.ntuhan dengan lelaki.

“Kebanyakan babak dan poster yang memperlihatkan saya berse.ntuhan dengan lelaki hanyalah teknik kamera.

“Dari awal terima tawaran berlakon saya sudah maklumkan tidak mahu babak bersentuhan kulit. Jadi saya cuba lakukan sebaik mungkin dengan cara berlapik.

“Tidak tahu bagaimana anggapan orang nanti selepas filem ini ditayangkan. Namun saya sudah tetapkan dalam diri supaya tidak ambil kira kec4man orang,” ujarnya.

Dalam filem berkenaan, Qasrina turut  berbesar hati kerana digandingkan dengan pelakon hebat seperti Erra Fazira dan Harith Iskandar.

“Apabila dapat tahu senarai pelakon memang rasa gementar, tetapi Harith Iskander sangat memahami dan pelakon lain banyak memberi tunjuk ajar.

“Selain menjadi model produk tudung saya juga mahu terus kembangkan lagi kerjaya lakonan selepas ini,” katanya.

Filem arahan Teddy Chin ini turut dibintangi oleh Wilson Lee dan Chew Kin Wan dan akan ditayangkan bermula 3 Februari di seluruh pawagam di Malaysia.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Mst4r