Berazam jadi anak soleh,Radhi OAG bakal buat showcase untuk langsai bil h0spital arwah Ibu RM18,000

Penyanyi yang pernah popular suatu ketika dulu, Radhi dari kumpulan OAG berhasrat mengadakan satu ‘showcase’ khas sebagai usaha mencari wang untuk melagsaikan bil h0spital Allahyarham ibunya, Fatimah Wee Abdullah @ Georgina Wee, 66, yang meniggal dunia pada 14 Januari lalu kerana k4nser usus.

Radhi berkata, sebagai anak yang rapat dengan ibunya, dia berasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan segala hut4ng piut4ng berkaitan Allahyarham.

Menurut Radhi sebelum kehilagan ibunya, dia terlebih dahulu kehilagan abang sulungnya, Termidzi Razali kerana k4nser d4rah dan kulit.

“Bil h0spital arwah emak diangg4rkan berjumlah RM18,000 dan saya akan berusaha sehabis baik untuk membayarnya dengan cara mengadakan ‘showcase’.

“Ia akan berlagsung di Bayang Coffee Kafe, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada Mac sebelum Ramadan nanti,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Sudut Produk Selebriti & Amirul Grocer Cawangan Shah Alam, di Seksyen 15 Shah Alam, semalam.

Radhi bagaimanapun berkata, harga tiket dan lain-lain perkara belum ditentukan dan akan diberitahu kepada peminat-peminat selepas ini.

Walaupun amat rapat dengan ibunya, namun Radhi reda dengan pemergian Allahyarham.

Tanpa berselindung, pelantun lagu Slumber itu memberitahu tentang pesanan arwah ibu yang masih basah di fikirannya agar menjauhi n4jis d4dah dan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

“Dia (arwah mak) bagitahu, benda biasa saya buat dulu. S3ks dan d4dah yang saya biasa buat dulu, dia suruh tiggalkan.

“Insya-Allah saya akan kotakan nasihatnya. Allah jemput dia ‘pergi’ juga sebenarnya merupakan satu peringatan buat saya untuk jadi anak yang soleh.

Tapi mak dah pergi, dari satu sudut walaupun sed1h, saya rasa satu beb4n yang dia tang-gung dah dilep4skan. Tak sanggup tengok mak men4ngis,” katanya.

“Hari ini pun saya pakai baju emak. Masa tahu dia dapat s4kit beberapa bulan lalu pun, saya dah reda dan tahu Allah akan jemput dia.

“Alhamdulillah emak pergi dalam keadaan yang tenang. Sayalah orang terakhir yang ajar dia ucap kalimah syahadah masa arwah menutup mata.

“Saya ajar perlahan-lahan dan ketika itu air matanya mele-leh. Ia babak yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila. Semasa hayatnya, saya selalu urut emak dan masak untuk dia,” katanya.

“Saya jadi kurang aktif dalam muzik sebelum ini kerana tiada ‘mood’ nak rakam lagu.

“Kalau tiggalkan dia sekejap, saya terbayang dia tergel1ncir atau berlaku perkara bvruk. Ada juga adik yang jaga emak, tapi saya paling pantas sekiranya berlaku apa-apa.

“Keluarga kami semuanya lelaki dan kini hanya tinggal berempat sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Radhi kini dalam pr0ses memasarkan produk madu sunnah dan ‘propolis’ sebagai sumber pendapatan.

“Saya kini dalam pr0ses reka label lebih menarik sebelum dijual kepada orang ramai termasuk di Amirul Grocer. Buat masa ini saya bekalkan produk sejuk beku roti puri jenama Tisha’s terlebih dahulu di sini,” katanya.

 

 

 

 

Sumber:Harian Metro