Dig0sip putus cinta, rupanya Syafiq Kyle sedang merancang hari bahagia bersama Mimi Lana

Kisah cinta pasangan selebriti popular, Syafiq Kyle dan aktres Mimi Lana boleh diibarat seperti biskut Chipsmore , ‘kejap ada, kejap tiada’.

Pernah bercinta selama lima tahun sebelum berpisah pada 2020, namun, cinta yang disulam sejak sekian lama tetap utuh apabila hubungan akhirnya, bertaut semula.

Khabar yang bertiup kencang mendakwa pasangan merpati dua sejoli ini bakal mendirikan rumah tangga, dalam tempoh terdekat.

Mengaku merancang ke arah itu, namun, Syafiq atau nama penuh, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak ini men-afikan sudah mempunyai tarikh untuk hari bahagia mereka.

“Siapa yang tidak impikan kehidupan berkeluarga? Saya sudah bersedia menjadi ketua keluarga, khalidah dan memiliki zuriat sendiri.

“Hubungan kami baik. Jadi, sudah semestinya kami ada perancangan mendirikan rumah tangga.

“Cuma kami tidak berani hendak cakap bila. Sama ada dalam tempoh terdekat ini atau lambat lagi. Perbincangan masih dibuat, tarikh pun belum ada lagi,” katanya lagi.

Justeru, Syafiq mengharapkan semua pihak mendoakan semoga segala urusan termasuk soal jodoh lancar.

“Doakan semoga urusan kerja saya dipermudahkan. Apabila semuanya berjalan lancar, senanglah untuk kami mengatur perancangan hari bahagia,” katanya optimis.

Dalam pada itu juga ,Syafiq memberitahu, yang dia memanfaatkan tempoh dua tahun dalam musim p4ndemik ini dengan menimba ilmu kerja di belakang tabir.

“Selain tiada ‘job’ lakonan sejak dua tahun p4ndemik COVID-19 melanda, saya gunakan peluang untuk mempelajari selok belok belakang tabir seperti pemilihan watak serta kerja ternikal yang boleh membantu saya menghasilkan produk lebih berkualiti.

“Selepas berlakon filem Pusaka, saya perluaskan konteks kerja saya. Dari situ. kerja saya jadi berbeza terutama daripada segi pemilihan cerita dan watak termasuk syarikat produksi di mana saya bekerja.

“Pengalaman saya jadi lebih luas apabila berpeluang bekerja dengan pelantar ‘over-the-top’ (OTT) atau penstriman. Saya bersyukur dengan ilmu baharu yang saya pelajari ini,” katanya.

Diusik pertanyaan tidakkah gusar tempatnya diisi pelakon baharu disebabkan terlalu fokus kepada ilmu belakang tabir, Syafiq tidak melihat perkara itu sebagai ancaman.

“Tidaklah sampai perlu ada rasa ta-kut atau gementar dengan pelakon baharu. Saya percaya kepada kerja saya dan apa yang saya ada.

“Lagipun, segala kejayaan yang saya dapat hari ini, bukan saya yang kejar. Semuanya datang sendiri. Begitu juga dengan pelakon baharu, mereka kena yakin dengan kemampuan diri.

“Daripada kita ada rasa hendak bersaing, lebih baik kita sama-sama majukan diri untuk lebih berjaya pada masa hadapan,” katanya.

Sumber:BH